Bukan setakat hafal Qunut Nazilah, Aafiyah pun tahu tentang produk berkaitan Israel: Siti Nurhaliza

Menurut Siti, anak sulungnya itu turut memahami situasi yang menimpa rakyat Palestin

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Walaupun anak sulungnya baru berusia lima tahun, namun penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan, Siti Aafiyah sudah tahu mengenai produk-produk yang ada kaitan dengan Israel.

Malah menurut Siti, tatkala Aafiyah melihat produk-produk tersebut, anaknya itu dengan sendiri akan mengungkapnya secara spontan.

“Contohnya kalau dia nampak jenama minuman yang ada kaitan dengan Israel, dia akan cakap ibu ini Israel. Dia tahu mana yang boleh beli mana yang tidak.

“Perkara ini lebih mudah melekat dalam minda budak-budak,” katanya ketika ditemui pada majlis ukhuwah dan apresiasi serta pelancaran kempen jihad Yayasan Nurjiwa.

Kata Siti, Aafiyah juga memahami konflik peperangan yang berterusan di Gaza ketika ini.

“Dia faham apa yang berlaku. Bila dia tengok saya menangis, dia akan tanya kenapa ibu menangis? Ibu kasihan pasal Gaza ke?

“Kita kena cerita kepada anak kita. Kita kena beritahu kenapa kita bantu Gaza. Di sekolah pun mereka ada ajar dia bacaan Qunut Nazilah.

“Saya pun ‘malu’ dengan Aafiyah apabila dia pun sudah boleh hafal Qunut Nazilah,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis pelancaran kempen jihad Yayasan Nurjiwa, Siti memanjatkan kesyukuran kerana berjaya melancarkan kempen tabung sedekah subuh Yayasan Nurjiwa.

“Tabung sedekah subuh ini antara misi Yayasan Nurjiwa untuk memberi galakan kepada kita semua bersedekah dan juga menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, 1,000 tabung fasa pertama telah diedarkan.

“Menerusi tabung yang telah kami edarkan kepada tetamu serta pihak masjid, surau dan individu, sumbangan tidak hanya difokuskan kepada Yayasan Nurjiwa, namun anda boleh menyalurkan kepada mana-mana pihak yang diinginkan. Kepada masjid, asnaf, anak yatim dan sebagainya,” kongsinya.

Sumbangan tabung sedekah subuh itu juga boleh dikembalikan ke akaun Yayasan Nurjiwa, Maybank 514486106455.

Tabung ini juga akan ditambah jumlah edarannya dan orang ramai boleh berhubung menerusi e-mel ke [email protected] bagi mendapatkan tabung tersebut. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related