Lagu Assalamualaikum Faizal Tahir diberi suntikan baharu, tanda solidariti terhadap rakyat Palestin

Lagu mempunyai mesej kemanusiaan kental itu, dijayakan 17 artis tempatan popular, termasuk Jaclyn Victor, Liza Hanim, Hady Mirza, Hael Husaini, Ara Johari dan Zizan Razak

5:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lagu Assalamualaikum yang pernah dipopularkan Faizal Tahir dan menjadi Naib Juara Anugerah Juara Lagu Ke-30 pada 2015, diberikan suntikan susunan muzik baharu dan dijayakan 17 artis tempatan.

Merupakan insiatif Rocketfuel Entertainment bersama Astro, lagu popular ciptaan ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K dan Ezra Kong dengan mesej kemanusiaan kental itu, diberikan nafas baharu sebagai tanda solidariti terhadap kemelut peperangan melanda rakyat Palestin.

Lebih istimewa, versi ‘remake’ lagu itu menampilkan ramai artis ternama seperti Naqiu, Tomok, Aliff Aziz, Azharina, Liza Hanim, Hady Mirza, Noryn Aziz, Jaclyn Victor dan Nikki Palikat.

Ia turut menyaksikan barisan artis Rocketfuel Entertainment sendiri, iaitu Hael Husaini, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie serta penampilan istimewa Datuk Hattan, Mawi dan juga Zizi Kirana.

Ketua Muzik Kandungan Rocketfuel Entertainment, Syakireen Othman berkata, sebagai tanda sokongan terhadap bencana kemanusiaan sedang berlaku di Palestin, Rocketfuel Entertainment bersama-sama selebriti dan penyanyi tempatan, turut terpanggil untuk bersolidariti melalui nyanyian bersama oleh artis yang prihatin.

“Dengan mengambil pendekatan berhibur sambil menderma, segala kutipan hasil sumbangan menerusi tontonan di YouTube dan juga penstriman lagu atas talian, akan disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah naungan Kementerian Luar Negeri,” katanya.

Mengulas mengenai penglibatannya di dalam projek terbabit, Ara berkata, lagu remake Assalamualaikum itu dilakukan bukan untuk tujuan hiburan semata-mata, tetapi juga satu daripada usaha membantu saudara Islam di Palestin yang sangat memerlukan bantuan dan perhatian.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jangan lupa untuk terus memperkatakan mengenai konflik sedang berlaku di Gaza.

“Muzik adalah medium universal dan satu daripada elemen penting dalam menyampaikan mesej dan secara langsung, menunjukkan tanda solidariti serta keprihatinan kita,” ucapnya.

Muzik video eksklusif lagu remake Assalamualaikum itu, turut dihasilkan dan ia menampilkan artis di bawah naungan label terbabit, seperti Dinda Dania, Timah, Idris Brown, Syazwan Suhaimi serta Agy.

Bahkan, ia turut mengetengahkan penampilan daripada personaliti dan selebriti terkenal tempatan, antaranya Datuk Zainal Abidin Hassan, Razman Roslan, Dr Soo Wincci, Safee Sali serta Daniel Fong.

Muzik video Assalamualaikum sudah mula ditayangkan secara rasmi pada 3 Disember lalu menerusi saluran YouTube Rocketfuel Network, selain boleh didengar melalui semua aplikasi penstriminan muzik atas talian. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related