Burung kakak tua peliharaan beri inspirasi suami Nur Fatima tulis buku kanak-kanak

Buku tersebut membawa kanak-kanak mengembara ke dunia ajaib burung kakak tua bernama Koa dan rakan-rakannya

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam diam, rupa-rupanya suami kepada penyanyi Nur Fatima iaitu Mohammad Jefrry Wainwright atau Jeoffrey Wainwright mempunyai bakat terpendam dalam bidang penulisan kreatif dan berjaya menghasilkan sebuah buku kanak-kanak.

Menggunakan nama pena, Geoff Wainwright, Mohammad Jefrry membawa kanak-kanak mengembara ke dunia ajaib dan penuh warna-warni Koa bersama rakan-rakannya dalam buku berjudul, Koa The Quaker Parrot and Friends.

Buku kanak-kanak hasil tulisan Geoff Wainwright ini juga menampilkan ilustrasi yang cukup menarik. – Gambar Nur Fatima Threads, 12 Disember, 2023

Ia mempunyai ilustrasi yang cukup menarik.

Koa bersama rakan-rakannya memulakan pengembaraan mendebarkan dalam usaha menemui rahsia hutan, menyelesaikan teka-teki dan cabaran selain turut mempelajari pengajaran hidup penting, mengembangkan empati dan memupuk rasa cinta terhadap haiwan.

Dalam erti kata lain, buku yang ditulis Mohammad Jefrry ini bukan sekadar hiburan tetapi alat pendidikan yang mengajar kanak-kanak mengenai burung kakak tua Quaker yang memberi inspirasi kepada mereka untuk menghargai keajaiban alam semula jadi.

Dalam platform Threads di Instagram, Nur Fatima memaklumkan, suaminya, Geoff adalah penulis buku kanak-kanak, Koa The Quaker Parrot and Friends.

Ilustrasi menawan begini akan lebih mudah menarik anak kecil dan siapa saja untuk membaca. – Gambar Nur Fatima Threads, 12 Disember, 2023

“Ia diilhamkan daripada salah seekor burung kakak tua Quaker hijau kami, Koa. Ia sangat lantang, sukakan cabaran dan sungguh pintar. Dapatkan salinan anda sekarang,” katanya sambil berkongsi pautan untuk mendapatkan buku kanak-kanak yang berharga AUD5.99 (RM18.51).

Nur Fatima atau nama sebenarnya Nur Fatimah Abd Wahab melangsungkan perkahwinan dengan Mohammad Jefrry yang juga warga Australia pada 10 Mei 2013.

Sejak mendirikan rumahtangga dengan Mohammad Jefrry, Nur Fatima yang terkenal dengan lagu Rindu dan Selembut Sutera mengikut suaminya menetap di Canberra Australia.

Pasangan itu juga sering berulang-alik antara Canberra dan Kuala Lumpur. – 12 Disember, 2023

Topics

 

Popular

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Cops to call up 13 varsity students who joined Jan 25 anti-graft rally

Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia rep says this includes three from Sabah who would have to fly to KL; summoned rallygoers may meet police together on Sunday to receive notice

Related