Model terkenal Victoria’s Secret bercuti di Pulau Pangkor, kongsi foto nasi ayam

Percutian supermodel kelahiran Amerika Syarikat itu ke negara ini, menarik perhatian netizen, dengan rata-rata mengucapkan selamat datang ke Malaysia.

2:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Supermodel yang juga dianggap ‘bidadari’ jenama pakaian dalam terkemuka, Victoria’s Secret, Taylor Hill bercuti di Pulau Pangkor, Perak, baru-baru ini.

Menerusi hantaran terbaru jelitawan itu di Instagram, dia berkongsi beberapa fotonya ketika sedang bercuti di Pangkor Laut Resort.

Dalam foto berkenaan, kelihatan Taylor bersantai di sekitar resort, termasuk di tepi pantai sambil memakai pakaian renang.

Turut dikongsikan adalah foto hidangan terkenal Malaysia, nasi ayam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat datang ke Malaysia.

“Wah beliau datang ke Pulau Pangkor. Makan nasi ayam. Selamat bercuti,” tulis seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Taylor berada di Singapura bagi menghadiri majlis pembukaan butik terbaru Victoria’s Secret.

Beberapa tahun lalu, bekas model Victoria’s Secret, Doutzen Kroes juga menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian apabila bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarganya. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related