Panas! Drama lakonan Amir Ahnaf, Anna Jobling ada babak ‘projek bawah meja’?

Babak melampau dalam drama rantaian Syurga Itu Bukan Mudah mengundang kecaman dan ketidakselesaan penonton, terutama yang menontonnya bersama keluarga

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nampaknya industri hiburan tanah air kita sejak dua menjak ini, panas dengan adegan drama yang dikatakan melampaui batas dan tidak menghormati sensitiviti budaya ketimuran masyarakat Malaysia.

Terbaru, drama lakonan Amir Ahnaf dan Anna Jobling iaitu Syurga Itu Bukan Mudah disiarkan di saluran televisyen swasta mencetuskan kontroversi, apabila didakwa memaparkan ‘babak panas’ di bawah meja.

Dalam video yang kini tular di media sosial yang memaparkan babak itu, ia menampilkan Amir dan Anna sedang bergaduh di pejabat.

Selepas Anna beredar, muncul seorang wanita dari bawah meja Amir yang berkata ‘wow you are the first guy yang boleh maintain relax bila I buat kerja’ (wow anda lelaki pertama yang boleh kekal tenang bila saya buat kerja).

Ramai penonton drama terbabit meluahkan kekecewaan mereka di media sosial.

Malah, rata-rata kesal kerana drama arahan Eyra Rahman itu, memaparkan babak tidak sesuai ditonton masyarakat tempatan, terutama yang menonton bersama keluarga.

Ada juga menyamakan drama itu dengan filem ‘soft porn’ 365 days yang ditayangkan di Netflix kerana menyelitkan unsur lucah.

Ramai penonton drama terbabit meluahkan kekecewaan mereka di media sosial – Tangkapan layar, 8 Disember, 2023

Terdahulu, sebuah drama terbitan tempatan, W:Two Worlds yang diadaptasi daripada drama bersiri popular Korea, dikecam ramai apabila memaparkan babak cium berlapik antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem. – 8 Disember 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related