Azah Aziz kembali berlakon selepas 20 tahun tetapi tak mahu watak datin

Wajah jelita Azah kini boleh ditonton menerusi drama Jangan Lupa Janji yang disiarkan di Astro Ria

9:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon dan model popular era 90-an, Azah Aziz yang kini kembali ke Malaysia muncul dalam drama terbaru berjudul Jangan Lupa Janji.

Penampilan Azah atau nama lengkapnya Norazah Aziz, 51, sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat yang merindui lakonannya.

Menerusi sedutan babak lakonannya yang dikongsikan di Instagram, ramai netizen memuji lakonannya yang masih mantap biarpun sudah lama meninggalkan dunia lakonan dan memilih untuk menetap di Kanada.

Azah ketika ditemui Scoop sewaktu majlis tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 berkata, dia sangat gementar sewaktu hari pertama di set penggambaran.

“Pada mulanya memang gementar. Kerana zaman sekarang sudah berbeza dengan dulu. Tetapi lama-kelamaan saya dapat sesuaikan diri. Tambahan pula saya bekerja dengan kawan-kawan lama saya seperti Haji Zil dan Michael Ang,” katanya.

Dalam masa yang sama Azah berkata, dia dihujani dengan pelbagai tawaran sejak kembali ke Malaysia namun terpaksa memilih karya yang bersesuaian.

“Tak boleh nak ambil semua tawaran. Saya pun dah tua, tak larat nak kerja banyak-banyak. Tetapi kalau boleh saya tak mahu watak datin. Saya rasa macam tak sesuai dengan saya,” katanya.

Ditanya perbezaan penggambaran zaman dulu dan sekarang, kata Azah, jika dulu drama hanya ditayangkan selepas selesai penggambaran, tetapi kini drama ditayangkan ketika masih menjalani penggambaran.

“Kalau dulu kadang-kadang lepas setahun berlakon, baru drama itu keluar TV. Tetapi sekarang tidak. Kadang-kadang kita pun tak tahu perjalanan watak kita macam mana kerana skrip akan berubah-rubah.

“Tetapi kini penggambaran berjalan dengan pantas. Penggunaan kamera juga lebih banyak. Jika dulu nak rakam beberapa babak pun ambil masa yang panjang,” kongsinya.

Tambah Azah, dia melihat pelakon baharu sekarang sudah ada pembantu peribadi sendiri tidak seperti zaman dulu.

“Bila melihat mereka mempunyai pembantu peribadi sendiri saya tertanya-tanya sama ada tinggikah jumlah bayaran yang mereka terima sehingga mampu membayar pembantu peribadi,” katanya.

Selain terlibat dengan drama Jangan Lupa Janji yang disiarkan di saluran Astro Ria, wajah jelita Azah juga bakal dilihat menerusi drama Racun Rihana yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. – 7 Disember, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

The silent punch heard around the country – Terence Fernandez

The assault of deaf e-hailing driver raises the question if we are a nation divided by class

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related