Zizan Razak puji kelantangan Kaka, kena terima risiko

Menurutnya, setiap individu mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin

8:48 PM MYT

Ā 

KUALA LUMPUR ā€“ Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memuji tindakan penyanyi Kaka Azraff yang lantang bersuara mengenai kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Menurut Zizan yang pernah menjadi pasangan duet Kaka menerusi lagu Bawaku Pergi, dia berpendapat setiap individu mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menunjukkan solidariti masing-masing.

Bagaimanapun, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 39, menasihatkan orang ramai untuk memikirkan kesan daripada tindakan itu terlebih dahulu.

ā€œPada saya strategi itu terletak pada tangan kita. Kalau kita nak berjuang sesuatu itu dalam rumah orang lain yang bukan hak milik sendiri, kita harus berjaga-jaga.

ā€œKena fikir sama ada perlu lantang bersuara atau tidak, jangan sampai merosakkan kerjaya kita.

ā€œAllah tahu niat baik kita. Allah tahu kepada siapa yang kita mahu tujukan. Tapi saya puji tindakan Kaka yang lantang bersuara,” katanya ketika ditemui pada sidang media Masked Singer Malaysia musim keempat, hari ini.

Pada masa sama, Zizan berkata, dia lebih selasa untuk tidak mempertontonkan semangat solidaritinya kepada umum.

ā€œSaya pun berjihad tapi saya tidak memaparkan kepada umum. Saya dah jalankan tanggungjawab saya, bagi saya itu sudah cukup.

ā€œBila dengar cerita pasal Kaka saya rasa kasihan pada dia, tapi rezeki milik Allah. Kalau Kaka rasa itu terbaik untuk dia, terpulanglah,” katanya.

Terdahulu, Warner Music menerusi kenyataan rasmi yang diberikan kepada pihak media mengesahkan Kaka bukan lagi artis di bawah naugan syarikat tersebut.

Tindakan itu diambil selepas penyanyi itu mengirim mesej langsung (DM) mengecam pempengaruh dan pelakon Australia yang pro-Israel, Nathaniel Buzolic.

Profilnya kemudian dikongsi sebuah laman sosial di bawah nama Jew Hate Database yang turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik. – 6 Disember, 2023

Topics

Ā 

ā—‰ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawakā€™s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the stateā€™s sole gas aggregator role

ā—‰ Related