Gembira Jemputan Ke Neraka masuk Top 10 Netflix, Darling Ngasri hasilkan pula drama seram tentang barongan

Drama seram lapan episod bertajuk Gemersik Berbisik bakal ditayangkan di saluran Degup, Unifi TV pada Januari tahun depan

2:46 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Produser dan pelakon, Darling Ngasri tidak menyangka filem Jemputan Ke Neraka terbitan syarikat produksi adiknya, Datin Naszriah Ngasri atau Anne Ngasri mendapat reaksi yang positif di platform OTT, Netflix.

Menurut Darling atau Nasreen Ngasri yang bertindak sebagai penyelaras di dalam projek filem arahan Amor Rizan itu, saat Jemputan Ke Neraka mula ditayangkan di Neftlix pada 20 Oktober lalu, ia terus menduduki tangga pertama dalam senarai Top 10 Filem Malaysia untuk minggu pertama di platform tersebut.

“Memang saya terkejut dan tidak sangka. Begitu juga dengan pasukan produksi yang terlibat di dalam pembikinan filem ini. Sebab, Jemputan Ke Neraka berhasil mengatasi filem-filem dari negara luar yang ditonton oleh penonton Malaysia.

“Walaupun hanya menguasai kedudukan di tangga pertama itu untuk tempoh seminggu sahaja, namun filem ini menguasai senarai Top 10 itu selama dua minggu berturut-turut.

“Itu sudah cukup membuat kami berasa sangat teruja, apatah lagi apabila mendapat pelbagai maklum balas daripada penonton. Macam-macam komen yang diberikan. Ada yang positif dan ada yang negatif.

“Sama ada mereka suka atau mengeji, tidak kisahlah. Yang penting, mereka tonton filem ini dan berhasil mendapatkan reaksi dan maklum balas mereka,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Jelas Darling lagi, dia sebetulnya sangat berbangga apabila Netflix memilih untuk menayangkan Jemputan Ke Neraka di platform mereka.

“Mungkin kerana filem ini bergenre psiko thriller seram dan kita juga menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menghasilkan filem ini.

“Jadi, ia memang sesuai untuk Netflix. Cerita-cerita berani macam inikan banyak di Netflix? Tapi kita bukanlah berani sampai buat perkara-perkara pelik di dalam filem ini.

“Babak paling berani yang ditonjolkan pun hanyalah pada bahagian membunuh serta watak Sakinah merokok. Mulanya, kami fikir disebabkan babak-babak ini, Jemputan Ke Neraka akan diklasifikasikan sebagai P18. Tapi rupanya, hanya P16 sahaja,” katanya.

Mengakui masih belum punya perancangan terdekat untuk menghasilkan filem terbaharu sama ada terbitan syarikat produksinya sendiri mahu pun syarikat produksi milik Anne sendiri, Darling bagaimanapun memberitahu, dia telah menjalin kerjasama lagi dengan Amor Rizan untuk menyiapkan produk Prime Drama di Unifi TV.

“Tajuknya Gemersik Berbisik dan mengandungi lapan episod serta bakal ditayangkan di saluran Degup, Unifi TV pada Januari tahun depan. Ia terbitan syarikat produksi saya sendiri, NS Star Sdn Bhd.

“Genrenya seram dan kali ini, jalan ceritanya lebih susah lagi tetapi menarik. Ia sebuah kisah seram yang digabungkan dengan elemen warisan Melayu dengan berlatarbelakangkan sebuah kampung Jawa di Johor beratus tahun dahulu.

“Banyak kesan khas yang digunakan di dalam drama ini untuk memastikan elemen seram dan watak hantu jembalang yang ditampilkan nampak berkesan dan ‘hidup’. Kita juga tampilkan lagu rakyat dan juga seni tarian Barongan.

“Penggambarannya mengambil masa dua minggu dan telah pun selesai baru-baru ini. Penat sebab syuting banyak dilakukan di dalam gua. Tetapi pada waktu yang sama rasa puas sangat,” katanya.

Drama Gemersik Berbisik ini menampilkan barisan pelakon seperti Elisha Sandha, Yasmin Hani, Ezryn Loi, Wan Zarul, Fazlina Ahmad Daud dan Zarina Zainoordin,” katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related