Rosyam Nor masih laku, bawa watak Ahmad dalam filem Keluang Man

Pelakon itu tidak sangka menerima tawaran yang mencurah-curah sejak terbabit dalam drama Jack Yusof

4:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Datuk Rosyam Nor mengakui masih menerima banyak tawaran lakonan meskipun usianya kini sudah mencecah 56 tahun.

Menurut Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, untuk tahun ini sahaja, dia menerima tawaran lakonan ‘back to back’ (mencurah-curah).

“Saya dah lama berehat daripada bidang lakonan. Tiba-tiba tahun ini saya dapat banyak tawaran dan mula berlakon kembali.

“Sejak terlibat dengan drama Jack Yusof, banyak tawaran yang hadir selepas itu. Tetapi saya tak boleh nak terima semua kerana saya juga sibuk dengan perniagaan saya,” katanya kepada Scoop.

Walaupun menerima banyak tawaran berlakon, namun Rosyam Nor tidak mampu menerima semua kerana sibuk dengan perniagaan – Gambar Astro, 3 Disember, 2023

Ditanya adakah dia sedar dirinya masih lagi menjadi rebutan penerbit dan pengarah, pelakon filem Laila Isabella itu berkata, dia menyedari hakikat itu.

“Ya saya sedar dan impikan perkara itu. Sebab itu saya menjaga penampilan sama ada di dalam mahupun luar filem agar jenama Rosyam yang saya bina sejak 38 tahun lalu tidak hilang begitu sahaja.

“Bukan mudah untuk mengekalkan populariti. Ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk mengekalkan jenama Rosyam di pasaran.

“Ini bukan perjuangan untuk diri saya sahaja tetapi perjuangan untuk industri supaya selepas ini akan ada ramai lagi orang berusia mendapat tempat dalam filem besar. Walaupun bukan watak utama, tetapi watak penting,” katanya.

Terbaharu, Rosyam terpilih menjadi salah seorang pelakon dalam filem Keluang Man yang akan mula menjalani penggambaran pada tahun hadapan.

Rosyam terpilih menjadi salah seorang pelakon dalam filem Keluang Man yang akan mula menjalani penggambaran pada tahun hadapan – Gambar Astro, 3 Disember, 2023

“Ini tugas berat buat saya. Membawakan watak sebagai Ahmad dari siri animasi yang sangat popular. Digandingkan pula dengan pelakon lebih muda daripada saya seperti Nas-T dan Remy Ishak. Ini bakal mencabar kewibawaan saya di lapangan penggambaran.

“Jujurnya saya takut. Kerana mesti orang mengharapkan sesuatu daripada saya. Tetapi saya sangat teruja kerana diberi peluang untuk terlibat dengan filem besar seperti ini.

“Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk menunjukkan bakat yang saya ada. Tanpa ada sokongan dan peluang daripada mereka, saya rasa Rosyam Nor tak akan boleh bertahan. Saya perlukan karya baharu. Saya perlukan filem baharu dan genre baharu,” katanya. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related