Video Bunga Citra Lestari, suami dipeluk, dicium keluarga Ashraf Sinclair undang sebak

Netizen turut terharu dengan kebaikan hati keluarga Ashraf hadir ke acara pernikahan itu, malah memuji hubungan akrab mereka dengan BCL

7:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Momen dirakam dalam video dimuat naik penyanyi, Bunga Citra Lestari sempena perkahwinannya di Instagram hari ini yang turut memaparkan dia dan pasangannya, Tiko Aryawardhana dipeluk serta dicium ibu bapa arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair, mengundang sebak netizen.

Rata-rata mereka bukan sahaja terharu dengan kebaikan hati dan keikhlasan keluarga Ashraf hadir ke acara pernikahan itu, malah memuji hubungan akrab mereka serta terbuka menerima keputusan Bunga atau popular sebagai BCL untuk berkahwin sekali lagi.

Ada antara netizen mengakui mengalirkan air mata saat menonton momen itu dan melihat senyuman di wajah keluarga Ashraf, terutama apabila adik allahyarham, Aishah Sinclair menjadi pengapit BCL.

“Terima kasih kerana mencintai my pain. Aduh sampai terharu aku. Apa lagi ketika bersalaman dengan keluarga Ashraf. Penerimaan. Keikhlasan. Luar biasa ni…,” kata seorang netizen.

“Terharu lihat orang tua almarhum Ashraf, mereka sangat support (sokong) BCL buat bahagi,” tulis tin_0611.

“Aku menitiskan air mata, ikut terharu melihat video ini,” komen netizen lain.

“Keluarga Ashraf juga datang bahkan orang tuanya diminta restu. Hubungan mertua dan menantu yang indah sangat BCL dan keluarga Ashraf,” kata naznatasya.

Video berdurasi 2 minit 18 saat itu awalnya memaparkan kelibat BCL dalam warna ‘hitam putih’, dengan mengenakan gaun panjang putih berdiri di pesisir pantai dan ‘berpayungkan’ awan mendung bagi menceritakan kesedihan sarat ditanggungnya susulan pemergian Ashraf.

Kemudian, BCL berdiri bersama anak tunggalnya, Noah Aidan di tempat sama sambil berpelukan dan tersenyum berdua.

Seketika, seorang pria, iaitu Tiko berjalan ke arah mereka dan ketiga-tiganya ketawa serta berpelukan, sementara awan bertukar cerah, sebagai simbolik kehidupannya dan Noah kembali bahagia dengan kehadiran lelaki itu untuk menjadi ketua keluarganya.

Perubahan warna dan kecerahan dalam video yang dimuat naik BCL seperti simbolik kehidupannya dan Noah kembali bahagia dengan kehadiran Tiko untuk menjadi ketua keluarganya – Tangkapan layar Instagram, 2 Disember, 2023

“Melihat ke belakang, merasakannya kembali, saat aku bertanya apakah bahagia itu akan ada lagi, ya hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan sakit, menjalani hidup dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi, akan tetap ada di situ dan terus di situ…

“Tapi aku boleh hidup dengannya dan pada sebuah waktu hadir seorang teman, lelaki ini juga menanggung kesakitannya dalam kehidupannya sendiri, waktu demi waktu dilalui, sakit mula dibagi dan aku tak merasa sendiri lagi, canda tawa kembali hadir, ku mulai bisa merasa, aku memerlukan cinta dan kegembiraan,” ungkapnya dalam video itu.

Ia seterusnya menunjukkan acara pernikahan BCL dan Tiko yang diadakan di sebuah resort mewah di Bali, selain kedua-dua mempelai mendapatkan restu keluarga.

Video itu juga menunjukkan acara pernikahan BCL dan Tiko yang diadakan di sebuah resort mewah di Bali, selain kedua-dua mempelai mendapatkan restu keluarga – Tangkapan layar Instagram, 2 Disember, 2023

Paparan video itu diakhiri dengan ucapan penghargaan dari BCL untuk suaminya yang dianggap membawa ‘cahaya’ dan kebahagiaan dalam hidupnya.

“Awak adalah sahabat baik saya, cahaya dalam kegelapan, pasangan saya, cinta saya…terima kasih kerana menyayangi ‘kesakitan’ saya, terima kasih kerana mencintai saya seadanya,” katanya.

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf yang juga aktor berasal dari Malaysia pada 2008 dan memiliki seorang anak, Noah.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung. – 2 Disember, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Around 600 worshippers assembled in Batu Caves to perform religious song

They gathered in response to the recent case of the Moroccan influencer reciting Quranic verses at the temple

Related