Allah saja tahu betapa sakit menahan rindu nak jumpa: Noh Salleh kongsi gambar anak sempena hari lahir

Buat pertama kali, Noh berkongsi wajah anak angkatnya bersama bekas isteri di media sosial

3:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Noh Salleh berkongsi wajah anaknya, Musa buat pertama kali di media sosial sempena ulang tahun kelahirannya yang kedua.

Menurut Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 38, dia sangat merindui anaknya itu kerana sudah lama tidak bertemu.

“Selamat hari jadi yang kedua Musa Muhammad Noh. Rindu benar bapak dengan kamu. Allah saja tahu betapa sakit menahan rindu nak jumpa.

“Semoga Allah satukan kita tidak lama lagi jadi kamu dapat layanan seorang ayah,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu menerusi perkongsian terbaru Noh di Insta Story, dia memuat naik video bersama Musa.

Dalam video berkenaan, Noh dilihat cuba mengajar anaknya dengan memanggil ‘hi dad.’

Menerusi perkongsian terbaharu Noh di Insta Story, dia memuat naik video bersama Musa – Tangkapan layar Instagram Noh Salleh, 2 Disember, 2023

Musa merupakan anak angkat Noh bersama bekas isteri, Mizz Nina yang dijaga mereka sejak dua tahun lalu.

Selepas bercerai pada Ogos 2022, Musa tinggal bersama Mizz Nina.

Kini Noh dan Nina masing-masing sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related