Meerqeen nafi bercium dengan Mimi Lana, ‘bodohlah saya kalau…’

Menurut Meerqen, ketika gosip itu timbul, dia berada di luar Kuala Lumpur menjalani penggambaran, dan menganggap spekulasi tersebut timbul kerana ada pihak cuba menjatuhkannya

6:21 PM MYT

 

PUTRAJAYA: Pelakon popular, Meerqeen menafikan dakwaan bahawa dia bercium dengan aktres Mimi Lana di kelab malam seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menurut Meerqen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, dia tidak akan melakukan perkara seperti itu bersama Mimi Lana yang dianggapnya sebagai rakan selebriti.

“Saya tak layan apa-apa yang keluar di media sosial sehingga boleh menjejaskan kerjaya saya. Ketika kontroversi itu timbul saya tiada di Kuala Lumpur pun kerana terbabit dengan penggambaran.

“Malah, saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip itu. Ia tidak berlaku langsung.

“Bodohlah saya kalau melakukan hal sedemikian. Sebab itu saya tak ambil peduli langsung mengenai perkara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Klepet terbitan Respected Citizen Sdn Bhd.

Tambah pelakon Melur Untuk Firdaus itu, dia sudah berhubung dengan Syafiq Kyle bagi menjelaskan keadaan sebenar selepas dituduh sebagai punca perpisahan Mimi Lana dengan aktor terbabit.

“Syafiq adalah rakan saya dan kami berada dalam bidang sama.

“Saya sudah bercakap dengan Syafiq bagi menjelaskan perkara ini. Kami sudah ‘man to man talk’,” jelasnya.

Dalam masa sama, Meerqeen mengaku lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri sejak gosip itu timbul.

“Semakin lama kita dalam industri, pasti akan ada orang yang tidak suka dan mahu menjatuhkan.

“Kenapa saya perlu jawab untuk puaskan hati semua orang. Lebih baik saya berdiam. Cukuplah keluarga tahu apa saya buat,” jelasnya.

Terdahulu, timbul dakwaan seorang aktor meningkat naik bercium di kelab malam dengan seorang pelakon popular yang berstatus tunangan orang.

Netizen membuat spekulasi dengan mengaitkan nama Meerqeen dan Mimi Lana kerana mereka sedang bergandingan dalam drama bersiri Headliners. – 29 November 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related