‘Tiada isu Amir rampas Anna daripada saya’: Meerqeen

Menurutnya, itu hanya persepsi orang luar kerana hakikatnya, mereka bertiga tiada sebarang masalah

9:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Meerqeen menegaskan tiada isu rampas-merampas antara dirinya bersama Amir Ahnaf untuk ‘merebut’ Anna Jobling seperti diperkata ramai.

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, hubungannya dengan Anna hanya sahabat, bukan kekasih.

“Itu hanya persepsi orang luar kerana hakikatnya, kami bertiga tiada sebarang masalah. Jangan pula kerana pihak lain yang mengapi-apikan hal ini, hubungan kami sebagai rakan sesama industri jadi tidak baik”, katanya ketika ditemui di majlis Upfront Viu Malaysia 2024.

Meerqeen berkata, sebagai sahabat, dia tidak berhak menghalang Anna berkawan dengan sesiapa, apatah lagi antara mereka tiada sebarang ikatan rasmi.

“Itu sahaja dapat saya katakan mengenai hal tersebut. Lagipun, sebagai pelakon, saya perlu bersikap profesional kerana industri hiburan kita kecil.

“Lambat-laun pasti kami akan bersua juga. Jadi, hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana tiada isu pun antara kami,” jelasnya.

Ditanya mengenai reaksi peminat yang masih mengharapkan dia dan Anna terus bergandingan, Meerqeen berkata, dia tidak mempunyai masalah jika produksi mahukan mereka untuk berlakon bersama.

“Terserah kepada peminat kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab apabila bersetuju untuk menjayakan sesebuah produksi.

“Mungkin peminat masih belum dapat melupakan keserasian kami ketika beraksi dalam Melur Untuk Firdaus. Tetapi, kami juga harus mencuba pelbagai watak lain yang memerlukan saya dan Anna bergandingan dengan pelakon lain.

“Dalam hal ini, semua pihak perlu bersikap terbuka. Tidak perlulah hal ini diperbesarkan dan dijadikan isu,” ujarnya.

Mengulas mengenai perkembangan lain, Meerqeen bakal muncul dengan dua filem, iaitu Harimau Malaya dan Klepet yang kini masih dalam penggambaran.

Terdahulu, media melaporkan ada pihak menuduh Amir merampas Anna daripada Meerqeen.

Isu berkenaan timbul selepas Amir serta Anna digandingkan sebagai hero dan heroin dalam drama terbaru berjudul Syurga Itu Bukan Mudah. – 29 November, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related