Nas-T dipilih sebagai pelakon utama filem Keluang Man

Pihak produksi menerima lebih 300 video uji bakat untuk watak Keluang Man, namun Nas-T berjaya 'memikat' pengarah, Anwari Ashraf

10:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Astro Shaw hari ini mengumumkan pelakon Nas-T sebagai teraju utama yang akan memegang watak sebagai Keluang Man dalam filem ‘live action’ yang akan ditayangkan pada 2025 nanti.

Selain Nas-T , turut diumumkan adalah barisan pelakon yang lain seperti Datuk Rosyam Nor sebagai Ahmad, Remy Ishak sebagai Shamsir dan Anwaar Beg Moghal sebagai Sahab.

Menurut Penerbit Eksekutif Keluang Man, Raja Jastina Raja Arshad, Nas-T dipilih sebagai Keluang Man kerana dia mempunyai bakat dan kemampuan untuk menggalas watak ikonik itu.

“Sewaktu kami umumkan tentang projek filem ini, ramai meletakkan harapan tinggi untuk pelakon yang akan membawakan watak Keluang Man kerana watak ini sangat ikonik.

“Kami mencari seorang pelakon yang mempunyai kesungguhan dan Nas-T dilihat mempunyai elemen itu iaitu berbakat dan berdedikasi untuk memegang watak Borhan atau Keluang Man,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem, Anwari Ashraf mendedahkan pihak produksi menerima lebih daripada 300 video uji bakat untuk watak Keluang Man.

“Bila kami dah tapis calon-calon akhir, saya lakukan sesi ‘one on one’ bersama mereka. Dengan Nas-T saya tak ambil masa yang lama langsung. Di situ saya rasa saya tak ada pilihan lain kecuali ambil dia.

“Kami juga mengambil masa lama untuk mencari pelakon bagi memegang watak Sahab. Kami cuba mengetengahkan konsep ‘Malaysia’ dalam filem ini, jadi perlu pelakon yang fasih dan faham dalam bahasa spesifik ” kongsinya.

Dalam pada itu, Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, 40, berkata, dia masih tidak percaya dan berasa gementar dipilih untuk menjayakan watak Keluang Man.

“Proses untuk uji bakat watak ini sangat sukar dan panjang sepanjang kerjaya lakonan saya.

“Ada empat fasa semuanya dan ramai pelakon hebat mencuba nasib. Saya rasa sangat kerdil.

“Terima kasih kepada Astro Shaw dan pengarah kerana memilih saya. Filem ini bukan tentang saya, tetapi tentang Keluang Man,” katanya.

Ditanya tentang watak Tiong Man yang merupakan teman baik kepada Keluang Man, pihak produksi turut memaklumkan beberapa lagi watak dalam filem ini akan diumumkan secara berperingkat. – 28 November 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

[UPDATED] AGC requests high court for gag order on public discussion of Najib’s addendum case 

Attorney-General’s Chambers also does not want lawyers to hold watching briefs on hearings for the opposition

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related