Hun Haqeem gembira akhirnya dapat berlakon bersama ‘crush’, malu ditanya tentang Daiyan Trisha

Hun dan Daiyan bergandingan dalam drama W: Two Worlds arahan Datuk Yusry Abdul Halim

7:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pernah ‘crush’ dengan Daiyan Trisha, pelakon popular, Hun Haqeem gembira apabila dapat digandingkan dengan aktres berbakat itu dalam drama Viu Original, W: Two Worlds terbitan Viu Malaysia.

Menurut Hun atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, 25, dia mengagumi Daiyan Trisha yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat berdedikasi terhadap kerjanya.

“Sebenarnya kami dah berkenalan sebelum ini apabila sama-sama terlibat dengan projek bagi jenama Uniqlo.

“Daiyan seorang yang sangat menakjubkan. Untuk cipta ‘chemistry’ bersamanya tidak susah. Seperti saya katakan tadi kami dah kenal sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama W:Two Worlds.

Ditanya adakah dia masih mempunyai perasaan ‘crush’ terhadap Daiyan selepas mereka berlakon bersama, Hun kelihatan malu-malu untuk menjawab pertanyaan itu.

“Kini kami berkawan baik. Jika ada lagi tawaran untuk saya berlakon bersamanya, sudah tentu saya akan terima ‘on the spot’. Saya mahu cipta lebih banyak karya yang bagus bersama Daiyan,” jelasnya.

Bercerita mengenai wataknya dalam drama ini, kata Hun ini adalah drama terbaik yang pernah dibintanginya sepanjang bergelar pelakon.

Banyak yang saya lakukan untuk drama ini termasuklah mengurangkan berat badan sebanyak 12 kilogram.

“Drama ini menuntut banyak babak aksi, jadi saya perlu ‘siapkan’ badan sebelum penggambaran bermula.

“Kadang-kadang pada hari penggambaran itu sendiri saya akan ke gimnasium sebelum turun ke set penggambaran,” kongsinya.

Selain Hun dan Daiyan, drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini turut dibintangi Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan ramai lagi. – 28 November, 2023.

Topics

 

Popular

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related