Konsert Bollywood ‘Stars On Fire’ ditangguhkan, pihak penaja berusaha dapatkan tarikh baharu

Memandangkan acara itu ditangguhkan, pihak penaja telah mengemaskini proses pembayaran balik dengan kerjasama ejen tiket mereka

12:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Konsert Bollywood Stars On Fire yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember ini telah ditangguhkan.

Pengumuman mengenai penangguhan konsert ini telah dimaklumkan pihak penganjurnya, Yess Boss Groups menerusi akaun rasmi Facebook mereka.

Menurut Yess Boss Groups, konsert yang menampilkan Hrithik Roshan sebagai bintang Bollywood utama itu terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Keputusan untuk menangguhkan konsert ini mendapat persetujuan sesama penganjur iaitu Yess Boss Groups, Heart Art Entertainment dan Dembi Productions dengan pertimbangan besar.

“Kami juga sedang berusaha keras untuk mendapatkan tarikh baharu dengan artis-artis,” katanya.
Konsert Bollywood Stars On Fire sebelum ini dilaporkan bakal dijayakan pelakon, penari dan kareografer legenda, Prabhu Deva yang juga dikenali dengan jolokan Michael Jackson India.

Yess Boss Groups turut menyatakan permohonan maaf kepada peminat-peminat tegar Bollywood serta memahami kesulitan yang timbul akibat penangguhan berkenaan. – Gambar Facebook Yess Boss Groups, 27 November, 2023

Turut sama menjayakan konsert ini adalah diva tari, Vaani Kapoor; selebriti tari penuh sensasi, Malaika Arora serta Sanya Malhotra yang penuh karisma.

Dalam kenyataan itu juga, Yess Boss Groups turut menyatakan permohonan maaf kepada peminat-peminat tegar Bollywood serta memahami kesulitan yang timbul akibat penangguhan berkenaan.

“Memandangkan acara itu ditangguhkan, kami telah mengemaskini proses pembayaran balik dengan kerjasama ejen tiket kami.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai proses pembayaran bayaran balik, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan ejen tiket kami. Kami amat menghargai sokongan anda yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Pasukan sokongan pelanggan ejen tiket Konsert Bollywood Stars On Fire Kuala Lumpur ini boleh dihubungi di talian 6011-2186-8055 atau 6011-2146-6055.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen PAS, Abdul Latiff Abdul Rahman telah menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan untuk membatalkan konsert berkenaan, selain konsert Coldplay, dengan mendakwa ia menjadi ‘sarang maksiat’.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat, Abdul Latif berkata, acara hiburan tidak sesuai diadakan apatah lagi di saat rakyat Palestin sedang dibunuh dengan kejam oleh Zionis dan mendakwa acara hiburan itu bertentangan dengan garis panduan dalam Islam.

Bagaimanapun konsert Coldplay telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu, dihadiri kira-kira 80,000 penonton dengan bertemakan Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur. – 27 November, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related