Berangkat tunai umrah pertama kali, Sherry Ibrahim mohon ampun, ‘doakan perjalanan kami’

Sherry akan berangkat ke Madinah hari ini sebelum ke Makkah untuk menunaikan ibadah itu bersama sahabatnya

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak semua orang berpeluang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci kecuali dengan izin Allah SWT.

Justeru, pelakon yang juga penyanyi, Sherry Ibrahim meluahkan kesyukuran kerana doanya untuk menjadi tetamu Allah SWT termakbul pada usia 40 tahun.

Sebelum ini, dia mengakui sudah lama menyimpan hasrat menunaikan umrah dan sangat berharap memperoleh rezeki itu suatu hari.

Dia turut berkongsi berita mengenai pemergiannya ke Makkah melalui hantaran terbaharu di Instagram miliknya.

“Sebentar lagi Sherry akan berangkat ke Madinah dan selepas itu ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah yang pertama.

“Sherry nak mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seandainya ada buat salah dan silap terhadap kalian yang mengenali diri ini.

“Doakan perjalanan Sherry dan sahabat Sherry dipermudahkan serta mendapat umrah mabrur di sisiNYA. Terima kasih,” tulisnya.

Perkongsiannya itu turut mendapat reaksi daripada rakan selebriti, seperti Vanidah Imran, Zahidah Rafik, Zarina Zainuddin, Siti Elizad Sharifuddin, Sheila Rusly, Bella Astilah, Nur Fatima serta Erin Malek.

Rata-rata mereka mendoakan agar Sherry beroleh umrah mabrur serta mendoakan agar perjalanannya ke sana dipermudahkan. – 25 November, 2023

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Related