Bunga Isme kenang pengorbanan ibu, susah payah sokong cita-citanya jadi penyanyi sejak kecil

Penyanyi itu muncul sebagai artis pembuka tirai konsert Coldplay, Rabu lalu

11:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan rapper, Bunga Isme menganggap peluang muncul sebagai artis pembuka tirai dalam konsert sulung Coldplay baru-baru ini suatu pencapaian yang amat bermakna buat dirinya dan juga keluarga.

Menurut Bunga Isme atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, apa yang diluahkannya itu ada kaitan dengan ibunya yang sentiasa menjadi idolanya.

“Tak banyak perkara mengenai keluarga yang saya kongsikan kepada umum. Tapi hari ini, ia terkecuali. Dari mana ya nak mulakan cerita?

“Dari kecil lagi, mama tak pernah berhenti memberikan yang terbaik kepada 11 anaknya demi menjadikan kami orang berguna, tahu asal usul, yang tahu siapa nilai diri kami.

“Susah berliku-liku yang kami lalu, hinaan yang dibaling bertubi-tubi, telahpun kami telan dan lali, menjadikan kami lebih kuat, kuat seperti mama.

“Pencapaian apapun, terima kasih berapa banyak pun, tidak sama nilainya dengan rasa penat yang mama korbankan, demi kami, anak-anak mama,” katanya menerusi perkongsian menyentuh hati di Instagramnya.

Bunga Isme – Gambar Instagram Bunga Isme, 24 November, 2023

Bunga yang mesra disapa Ayu memberitahu, pencapaiannya itu disebabkan sokongan tanpa henti seorang ibu untuk dirinya.

“Ketika berusia 12 tahun, bercita-cita nak jadi seorang penyanyi, mama masukkan ke uji bakat rancangan Idola Kecil.

“Kami bayar bilik karaoke Alamanda Putrajaya untuk berlatih lagu uji bakat, Muka Buku nyanyian Najwa Latiff. Tapi tiada rezeki untuk ke peringkat seterusnya.

“Rupa-rupanya, hari itu titik permulaan seorang Bunga, yang berjaya merentasi pentas lain seperti U Try Rap Please, 16 Baris, Anugerah Juara Lagu sehingga ke pentas Coldplay sebagai artis pembuka tirai.

“Ini semua kerana mama. Terima kasih mama. Ayu sayang mama dunia dan akhirat selamanya,” katanya.

Perkongsian Bunga mendapat respon positif dalam kalangan pengikutnya yang rata-ratanya berbangga dengan pencapaian tersebut serta menyifatkan persembahannya pada malam konsert itu amat hebat sekali. – 24 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related