Peminat ‘histeria’, Ji Chang Wook muncul di Kuala Lumpur

Ribuan peminat membanjiri pusat beli belah terkemuka itu untuk melihat idola kesayangan mereka

8:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon kacak dari Korea Selatan, Ji Chang Wook menjadi tumpuan ramai apabila hadir di sebuah pusat beli-belah di ibu kota, bagi menghadiri acara pembukaan butik jam tangan mewah Rado.

Chang Wook yang merupakan duta kepada jenama berkenaan telah diundang untuk sesi bertemu peminat yang diadakan di pekarangan utama Pavilion.

Menerusi video-video yang tular di media sosial, kelihatan ribuan peminat membanjiri pusat beli belah terkemuka itu untuk melihat sendiri idola kesayangan mereka.

Rata-rata mereka menjerit bagaikan terkena histeria dan memanggil nama pelakon drama The K2 ini yang hadir memakai kemeja hitam.

Terdahulu tular video Ji Chang Wook yang tiba di lapangan terbang dan turut diserbu peminat.

Ada peminat yang telah memberinya gelang tangan dan dia dilihat terus memakai gelang itu. – 23 November 2023

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related