KUALA LUMPUR — Peminat Coldplay tidak sabar-sabar untuk menyaksikan kumpulan berkenaan beraksi malam ini dan sanggup menunggu di luar Stadium Nasional Bukit Jalil seawal jam 9 pagi ini.
Menerusi hantaran salah seorang netizen di aplikasi X, kelihatan ramai pembeli tiket telah beratur awal pagi bagi menebus gelang tangan yang hanya akan dibuka pada jam 12 tengah hari.
MERCH DAH BUKAAAAA; good luck guys yang kat toilet tuuuu pic.twitter.com/EuSsuIEBle
— V ✨ (@vxnssx__) November 22, 2023
Ada yang membawa makanan termasuk nasi bungkus untuk bersarapan sambil menunggu kaunter menebus gelang tangan tersebut dibuka.
Harga #COLDPLAYinKL merchandise 😮💨 pic.twitter.com/BJRpAuZ2Pt
— V ✨ (@vxnssx__) November 22, 2023
Selain itu, official merchandise seperti baju-T, botol air, topi, event poster, buku program, hoodie turut dijual dengan harga antara RM60 hingga RM425.
Kesemua pembeli tiket tersebut hanya akan dibenarkan masuk ke dalam ruangan stadium pada jam 5 petang. Dan konsert dijangka berlangsung pada jam 8.45 malam.
Seramai 80,000 penonton dijangka memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini bagi menyaksikan persembahan bersejarah kumpulan Coldplay yang pertama kali membuat persembahan di Malaysia.
Terdahulu, tiket untuk menyaksikan konsert ini telah habis dijual dalam masa tiga jam sahaja apabila dibuka untuk jualan pada Mei lalu. – 22 November, 2023