Hariz Hamdan tidak akan berlakon drama ‘BL’ walau ditawar produksi luar negara

Katanya, dia perlu menjaga sensitiviti masyarakat Malaysia, keluarga dan peminat

9:58 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pelakon semakin meningkat, Hariz Hamdan enggan terbabit dengan drama berkonsepkan ‘boys love (BL)’ atau percintaan sesama lelaki, biarpun untuk produksi luar negara.

Menurut Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 21, dia perlu menjaga sensitiviti masyarakat di Malaysia, iaitu negara kelahirannya.

Hariz bersama pelakon popular Thailand, Pon Nawasch yang juga duta jenama Asics. – Gambar Helmi Anuar/Scoop, 21 November, 2023

“Biarpun saya berlakon di luar negara, tetapi saya masih perlu memikirkan mengenai masyarakat di negara kita. Saya tahu apa mereka suka atau tidak.

“Mungkin orang luar negara boleh terima, tetapi bagaimana dengan orang Malaysia? Sudah tentu mereka tak boleh terima. Itu belum lagi kira perasaan ibu bapa saya, keluarga dan peminat,” katanya ketika ditemui selepas acara larian The Asics Meta Time Trials.

Ditanya andai dia terbuka untuk terbabit dengan drama menampilkan babak ‘bromance’ (hubungan rapat dengan lelaki), bekas peserta Hero Remaja 2021 itu menegaskan, semuanya bergantung kepada beberapa perkara.

“Kalau ia punya maksud atau mesej yang baik mungkin saya akan buat. Tetapi kalau sekadar hiburan tanpa faedah saya tak akan buat,” jelasnya.

Sebagai duta kepada jenama barangan sukan Asics, kata Hariz, dia juga perlu memastikan imej dibawanya selari dengan produk berkenaan yang menitikberatkan gaya hidup sihat.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak berimej botak dan bertubuh gempal. Tetapi sejak jadi duta kepada Asics, saya perlu sentiasa pastikan tubuh saya ‘fit’.

“Jadi saya akan cuba elak watak yang memerlukan saya menghisap rokok atau mengambil minuman keras kerana itu bertentangan konsep Asics. Sebagai pendatang baru industri seni, iaitu sejak tiga tahun lalu, terpilih menjadi duta Asics adalah pencapaian sangat besar buat saya,” kongsinya.

Turut hadir pada acara terbabit adalah pelakon popular Thailand, Pon Nawasch yang juga duta jenama Asics dari negara gajah putih itu. – 21 November 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related