Noraniza Idris trauma, kemurungan ditipu scammer, hanya ‘terperuk’ 7 bulan di rumah

Pengalaman ditipu penganjur konsert solonya benar-benar memberi kesan terhadap ratu irama tradisional itu, malah apabila suaminya bercakap mengenai konsert, dia menjerit seperti histeria

5:40 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris mengakui trauma dan kemurungan selepas ditipu ‘scammer’ yang berjanji menganjurkan konsert sulungnya, Malai Solo Noraniza Idris, tahun lalu.

Menurut Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani itu, pengalaman pahit terbabit menghantui dirinya hingga beberapa bulan.

“Bila penganjur konsert menghilangkan diri, saya terpaksa menghadapi semuanya seorang diri. Sebenarnya ketika itu saya sedar bahawa sudah ditipu scammer. Tetapi saya tak boleh nak komen banyak kerana ketika itu, saya masih dalam proses mengendalikan kertas kerja untuk konsert berkenaan.

“Biarpun kami ada mendapat dana bernilai RM200,000, tetapi konsert itu tetap tak dapat nak diteruskan.

“Bila jadi begitu, lama masa saya ambil untuk pulihkan diri. Bermula dari Ogos sampai Mac, saya kemurungan dan hanya nak duduk di rumah tanpa berjumpa sesiapa,” katanya ketika ditemui pada konsert minggu kesembilan All Stars Gegar Vaganza.

Ratu Irama tradisional ini tampil membuat permohonan maaf kepada pihak media yang terpaksa berhadapan dengan sikapnya. – Gambar Astro, 21 November, 2023

Kongsi pelantun lagu Hatinya Tak Tahan itu, keadaan semakin buruk apabila setiap kali suaminya bercakap soal konsert, dia menjadi marah dan menjerit seperti orang terkena histeria.

“Saya seperti orang hilang punca. Saya pun tak tahu kenapa jadi sebegitu. Bila suami lihat keadaan saya seperti itu, dia menghubungi Datuk Awie untuk bercakap dengan saya.

“Awie nasihat jangan dengar kata-kata netizen kerana mereka sentiasa betul. Salah atau betul, teruskan kehidupan. Katanya dia kena lagi teruk daripada saya,” kongsinya.

Memegang nasihat rakan industrinya itu, Noraniza bangkit dari kekecewaan serta berehat sebentar dari dunia seni dan memberikan tumpuan kepada perniagaannya.

“Saya fokus dengan bisnes muruku saya selama enam bulan sehinggalah September lalu saya berjaya membuka sebuah kilang.

“Saya tangguhkan segala aktiviti seni dan kini barulah saya lancarkan lagu baru saya bersama Hazama berjudul Penawar Hati. Lagu ini sepatutnya dilancarkan tahun lalu,” ujarnya.

Sementara itu, Noraniza mengakui pernah dikuasai emosi sehingga berbalah dengan rakan media.

Justeru, dia tampil membuat permohonan maaf kepada pihak media yang terpaksa berhadapan dengan sikapnya.

Katanya, sebagai manusia adakala dia ‘tewas’ dengan perasaan dan lemah dalam berdepan situasi tertentu.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua media. Saya tahu saya salah kerana terlampau mengikut emosi ketika itu. Sebagai manusia, saya ingat saya kuat, tetapi tidak. Biarpun ada yang berkata pejuang irama Malaysia ini melawan arus bermakna dia kuat, tetapi tidak.

“Saya rasa orang tidak sepatutnya tengok apa yang saya lakukan ketika itu. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi dalam industri kita. Saya akui kesilapan.

“Bila saya nak keluarkan lagu baru ini pun saya malu. Saya tak rasa media ingin sokong saya lagi. Tetapi penerbit lagu ini, iaitu Luncai Emas kata teruskan dan promosi seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, konsert Malai Solo Noraniza Idris yang sepatutnya berlangsung tahun lalu, terpaksa dibatalkan selepas media mendedahkan penganjur konsertnya adalah seorang scammer yang sudah banyak menipu orang mengenai skim pembelian rumah. – 21 November, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related