Tewas julang Piala Dunia Kriket 2023, netizen puji Anushka peluk erat, ubati luka Virat

Netizen menyatakan mereka sangat tersentuh hati melihat gambar terbabit dan tidak kurang sebahagian lelaki yang berpendapat, mereka mahu mencari wanita seperti Anushka Sharma

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan India mungkin gagal menjulang Piala Dunia Kriket (ICC) 2023, namun pasti membuatkan seluruh rakyat India berbangga kerana mara ke perlawanan akhir menentang Australia.

Bahkan, mereka juga berjuang habis-habisan untuk memberikan persaingan sengit kepada pasukan lawan.

Namun, sebagai pemain, tentunya kekalahan itu cukup mengecewakan, malah ia terbukti apabila beberapa atlet pasukan berkenaan, seperti Rohit Sharma, Virat Kohli dan Mohammad Siraj menangis.

Gambar Rohit menitiskan air mata dan Virat menyembunyikan wajahnya dengan topi turut bertebaran di media sosial, terutama platform X.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah Virat Kohli selepas tewas kepada Australia. – Gambar Internet dan Instagram Anushka Sharma, 20 November, 2023

Di sebalik situasi berkenaan, netizen memuji sikap positif bintang Bollywood, Anushka Sharma mencium dan memeluk erat Virat yang juga suaminya untuk meredakan kekecewaan serta menenangkan kesedihan pemain itu, sehingga ia turut tular.

Pada waktu sama, netizen menyatakan mereka sangat tersentuh hati melihat gambar terbabit dan tidak kurang sebahagian lelaki yang berpendapat, mereka mahu mencari wanita seperti Anushka Sharma.

“Perlukan wanita seperti Anushka Sharma dalam hidup yang akan bersama anda pada saat waktu sedih atau bahagia. Virat Kohli anda mempunyai tuah dalam cinta. Menzahirkan pasangan hidup seperti Anushka,” kata salah seorang netizen.

“Kalah adalah sebahagian daripada permainan, tetapi tidak semua orang mendapat sokongan seperti itu selepas kekalahan,” komen seorang netizen lain.

Virat Kohli bersama isteri tercinta yang juga bintang Bollywood, Anushka Sharma. – Gambar Internet dan Instagram Anushka Sharma, 20 November, 2023

Lucu juga membaca komen netizen yang tiba-tiba memuji Anushka ‘tinggi melangit’.

Beberapa tahun lalu, mereka mengecam teruk pelakon utama filem Jab Harry Met Sajal terbabit kerana hadir ke perlawanan kriket bagi menyokong Virat. – 20 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

If Sarawak-Putrajaya talks went well, why are Petros and Petronas going to court? – Qistina Nadia Dzulqarnain

The timing of affidavits filed and accusations made don’t jive with assurances by state and federal leaders

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

Related