Pulih dari sesak nafas ibarat diberi peluang kedua untuk hidup: Nora

Selepas 10 hari dirawat di hospital, Nora sudah dibenarkan pulang ke rumah kelmarin

7:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Nora Ariffin menganggap dia seolah-olah diberi peluang kedua untuk hidup selepas pulih daripada masalah sesak nafas.

Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Ariffin berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Syukur seolah-olah diberi peluang kedua. Allah saja yang tahu. Terima kasih buat suami dan anak-anak tersayang kerana susah payah menjaga dan sudi bergilir-gilir menjaga mama.

“Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang doakan saya, bertanya khabar, yang datang menziarah serta mengadakan solat hajat,” katanya.

Nora yang mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Dr Rushdi Ramli turut memaklumkan, dia dimasukkan ke hospital selama 10 hari tetapi sudah dibenarkan pulang ke rumah.

“17 November 2023, genap 10 hari saya berada di hospital, tiga hari di ICU (unit rawatan rapi). Alhamdulillah, kini sudah pun kembali berehat di rumah.

“Terima kasih buat semua jururawat, pihak pengurusan serta doktor pakar, Dr Onn Akbar Ali, Dr Ridwan dan Dr Suzyta yang menjaga saya sepanjang berada di wad Sapphire dan wad ICU ,” katanya.

Penyanyi lagu Naluri dan Di Persimpangan Dilema itu juga meminta orang ramai supaya sentiasa mendoakan dirinya.

“Doakan saya. Saya tidak sabar untuk kembali bekerja semula,” katanya.

Nora mula dimasukkan ke pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor pada 8 November lalu akibat serangan jantung ringan, sebelum dipindahkan ke ICU selepas mengalami sesak nafas.

Dia bagaimanapun sudah dibenarkan pulang kelmarin. – 19 November, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Related