Wang hantaran dirahsiakan, majlis resepsi bertema garden party Nabila-Nik Eruwan berlangsung di lokasi sama

Pasangan itu diraikan dalam majlis di sebuah resort terkemuka di Pahang, petang ini

6:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nampaknya ramai peminat tumpang gembira apabila penyanyi Nabila Razali selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Nik Ezuwan Nik Ezani, yang juga ahli perniagaan.

Terpancar kebahagiaan di wajah Nabila apabila majlis pernikahannya yang bertemakan ‘English Garden’ itu berjalan dengan lancar dan selamat seperti dirancang.

Pasangan mempelai itu memilih sebuah resort terkemuka di Pahang sebagai lokasi pernikahan mereka.

Hanya dengan sekali lafaz, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd. Razali, 31, sah menjadi isteri kepada Nik Eruwan Nik Izani, 38, pada majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup, kira-kira pukul 10.11 pagi tadi.

Pasangan yang mengenakan busana pengantin rona putih sedondon itu selamat dinikahkan oleh jurunikah, Ustaz Fawwaz.

Nabila diarak masuk ke pelamin kecil ditemani ibunya – Gambar Facebook, 18 November, 2023

Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang dikelolakan Terusik Event itu berlangsung secara sederhana dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, VIP dan rakan niaga pengantin.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu turut mengundang beberapa rakan selebriti antaranya Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Naim Daniel, Sissy Iman, Khai Bahar, Hael Husaini dan ramai lagi.

Nabila dan Nik Eruwan juga bakal diraikan dalam satu majlis resepsi bertemakan Garden Party yang berlangsung pada sebelah petang di lokasi sama. – 18 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related