‘Kalau ada seribu jarum mencucuk, mustahil tak ada satu pun masuk’: Aliff Aziz

Sepanjang menyertai ASGV, dia mengelak membaca komen netizen demi menjaga kesihatan mentalnya ketika bertanding

2:50 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi yang juga peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aliff Aziz mengakui, dia enggan membaca komen netizen demi menjaga kesihatan mentalnya sepanjang bertanding dalam program itu.

Menurut penyanyi yang berasal dari Singapura itu, sebagai manusia biasa, ada kalanya dia juga terkesan dengan komen kasar netizen.

“Sebagai manusia hati kita sentiasa berbolak balik. Kadang-kadang kita cakap sahaja tak terasa, tetapi kalau ada seribu jarum yang mencucuk mustahil tak ada satu pun yang masuk?

“Pada saya, lebih baik saya elak untuk baca demi ketenangan minda. Apakah matlamat utama kita dalam pertandingan ini.

“Takut kalau kita beri tumpuan kepada perkara sebegini, matlamat kita akan berubah kerana kita sibuk nak puaskan hati semua orang. Macam mana sekalipun kita tak akan mampu puaskan hati semua orang,” katanya kepada Scoop.

Ditanya kesan daripada tindakannya memilih untuk tidak membaca komen netizen, kata suami kepada Bella Astillah itu, dia berasa sangat tenang.

“Mungkin akan ada berkata, Aliff cepat ‘koyak’ dan sebagainya. Saya akui perkara itu. Saya juga manusia biasa.

“Kadang-kadang kita rasa sudah berusaha sedaya upaya, tetapi seperti kurang dihargai. Tetapi bila saya fikirkan semula, kenapa saya harus berkeras dengan diri saya.

“Setiap peserta punya keunikan masing-masing. Ini bukan lagi mengenai siapa lebih bagus. Tetapi apa yang boleh dipersembahkan kepada penonton. Kalau semua orang menyanyi dengan cara sama, maka penonton akan dihidangkan dengan hidangan sama,” katanya.

Kongsi Aliff lagi, dia juga akan terus dengan pendiriannya untuk tidak membaca komen netizen sehingga tamat pertandingan itu.

Terdahulu, sejak ASGV berlangsung, Aliff, juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sering menerima komen negatif daripada netizen yang ingin melihatnya tersingkir.

Malah, dia dituduh sebagai anak emas Astro dan juri kerana sering kali terselamat daripada penyingkiran. – 17 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related