Bunga Isme akan buat persembahan selama 20 minit pada konsert Coldplay di Kuala Lumpur

Meskipun ramai yang mempertikaikan pemilihannya, namun Bunga berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik pada malam konsert itu nanti.

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Bunga Isme yang terpilih untuk membuat persembahan pembukaan di konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, telah diberi masa selama 20 minit untuk membuat persembahan.

Menurut Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakri, 23, pada malam itu dia bakal menyampaikan lima buah lagu.

“Bulan lepas baru pihak kami dapat pengesahan yang saya akan buat persembahan selama 20 minit. Sepanjang tempoh itu saya akan menyampaikan lima lagu saya termasuk Intan Payung, Apadehal dan satu lagu baru berjudul Jiwa Raga yang belum dikeluarkan,” katanya kepada Scoop.

konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur. – Gambar media sosial, 17 November, 2023

Ditanya tentang persediaan menghadapi konsert itu nanti, kata Bunga, dia kini sedang giat berlatih.

“Alhamdulillah saya sudah beberapa kali menjalani latihan bersama kumpulan muzik. Saya juga pergi kelas vokal bersama Cikgu Arul. 

“Saya teruja kerana belum pernah membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sebelum ini saya hanya pergi untuk menonton konsert. 

“Tidak dinafikan semestinya saya gementar untuk menyanyi di hadapan puluhan ribu penonton. Tetapi Insya Allah, saya sudah bersedia dan yakin untuk membuat persembahan. Saya pun sudah dapat susun atur pentas konsert itu nanti,” kongsinya. 

Kongsi Bunga lagi, setakat ini dia belum berkesempatan untuk bertemu dan berkomunikasi dengan Coldplay lagi dan hanya akan bertemu kumpulan itu pada hari konsert nanti. 

Terdahulu, pada Jun lalu, Live Nation Malaysia mengumumkan Bunga Isme bakal menjadi penyanyi pembukaan untuk konsert Coldplay yang akan berlangsung pada 22 November ini.

Bunga ketika diwawancara media tempatan selepas pengumuman itu dibuat mengakui terkejut dengan pemilihannya.

Bahkan, dia juga sedar bahawa ramai pihak yang mempertikaikan pemilihannya, namun dia akan cuba memberikan persembahan yang terbaik pada malam konsert itu nanti.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran (Domestik), Warner Music Malaysia, Sabrina Azman menjelaskan, pasukan Coldplay telah meminta wakil pihak label tempatan untuk mencadangkan beberapa nama artis pembukaan lokal.

“Bunga adalah antara nama yang dicadangkan dan dia yang dipilih,” katanya. – 17 November, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related