Pengurus lebih sudu daripada kuah: Kerjaya artis boleh musnah, ‘ada pandai-pandai sendiri tolak job ditawar’

Melalui perkongsian penerbit dan pengarah popular tanah air, ramai pengurus bersikap diva dengan meletakkan harga tak masuk akal serta tidak bijak berkomunikasi

6:32 PM MYT

 

PETALING JAYA – Isu pengurus artis yang bersikap lebih sudu daripada kuah bukan perkara baru dalam industri seni Malaysia.

Namun, sejak akhir-akhir ini, perkara itu semakin menjadi-jadi apabila banyak rungutan diterima daripada penggiat seni atau media.

Ramai mula merungut kerana agak susah untuk berurusan dengan beberapa pengurus artis berperangai ‘diva’ mengalahkan artis diuruskan mereka.

Menurut pelakon dan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dia sendiri pernah melalui pengalaman berhadapan dengan pengurus seperti itu.

“Kepada artis di luar sana, berhati-hatilah dengan pengurus anda. Hari ini ramai artis tak sedar bahawa mereka berisiko hilang karier dalam industri, disebabkan pengurus yang lebih diva daripada mereka.

“Saya sendiri pernah lalui pengalaman berhadapan dengan pengurus sebegini. Apa yang saya lakukan, saya terus hubungi artis terbabit.

“Maaf cakap, di Malaysia, pengurus artis tidak layak digelar pengurus artis. Mereka hanya sekadar pembantu peribadi atau pembawa pakaian, mahupun pemandu kerana pemikiran mereka bukan seperti seorang pengurus,” katanya kepada Scoop.

Tambah pengarah filem Jangan Pandang Belakang itu, pengurus artis pada masa ini, tidak pandai berkomunikasi jika dihubungi pihak produksi untuk menawarkan kerja.

“Sebenarnya boleh sahaja kalau kita nak menghubungi artis terbabit terus tetapi kita ikut saluran betul sebab kita tahu dia mempunyai pengurus.

“Tetapi bila hubungi pengurus, belum cerita apa-apa dah letak harga tak munasabah tanpa tanya apa watak ditawarkan, berapa hari penggambaran.

“Sebagai pengurus artis, kadang-kadang anda perlu bertanya terlebih dahulu sama ada karakter ditawarkan kepada artis anda akan membawa kerjayanya ke aras lebih tinggi. Dari situ kita boleh berbincang,” kongsinya.

Perkara itu dipersetujui penerbit drama terkenal, Datuk Ayu Puteh yang turut melalui pengalaman sama.

Ayu berkata, dia tidak meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada pengurus artis kerana ada dalam kalangan mereka ingin menjatuhkan karier artis sendiri.

“Perkara ini memang berlaku. Pengurus cuba memburuk-burukkan artisnya sendiri. Mungkin ada iri hati. Dari segi percakapannya kita boleh tahu.

“Anda bekerja dengan artis terbabit, tetapi dari segi percakapan seolah-olah mereka bermusuhan pula. Malah, dicadangkannya ambil artis lain,” kongsinya.

Selain itu, Ayu berkata, ada pengurus yang terus meletakkan harga tinggi tanpa berbincang terlebih dahulu, sebagai ‘tanda’ menolak tawaran diberikan.

“Pada saya setiap artis perlu ambil tahu apa pengurus dia buat. Bukan percaya bulat-bulat. Kena tahu tawaran apa pengurus tolak. Sebab nanti nama anda yang akan busuk.

“Pernah terjadi artis sendiri tak tahu dia dapat tawaran tetapi ia ditolak pengurusnya terlebih dahulu,” jelasnya. – 16 November 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related