Gara-gara sering bawa watak jahat, penjual kuih enggan jual kuihnya pada Pablo Amirul

Kejadian itu berlaku ketika Pablo Amirul berada di Terengganu hingga dia terpaksa meminta pembantu peribadi membelikan kuih untuknya

8:00 AM MYT

 

PETALING JAYA — Gara-gara sering membawakan watak antagonis dalam kebanyakan cerita lakonannya, Pablo Amirul pernah melalui pengalaman lucu di mana seorang peniaga kuih enggan menjual kuih kepadanya.

Menurut Pablo atau nama sebenarnya Amirul Hisyam Mohd Sakri, 38, kejadian tersebut berlaku di Terengganu.

“Mak cik tu kata dia tak nak jual kuih pada saya kerana saya selalu berlakon sebagai orang jahat.

“Lepas tu saya menyuruh pembantu peribadi saya memborong semua kuih dan memaklumkan kepada mak cik tersebut bahawa ‘orang jahat’ tadi yang beli,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Budak Flat.

Katanya, tujuan dia memborong semua kuih yang dijual itu bukannya disebabkan rasa marah, tetapi kerana situasi itu agak lucu.

“Inilah sebenarnya reaksi penonton di Malaysia. Kadang-kadang mereka percaya dengan karakter yang mereka tonton. Tetapi semuanya hanyalah lakonan.

“Di luar, saya bukanlah orang yang seperti anda lihat dalam filem ataupun televisyen. Saya seorang yang murah dengan senyuman dan gemar memberi salam.

“Kalau lihat pemakaian saya pun, saya tak pernah terbawa-bawa dengan gaya gangster seperti memakai subang atau gelang tangan,” jelasnya.

Ditanya adakah dia tidak bosan kerana sering membawa watak antagonis dalam setiap naskhah yang dibintanginya, kata Pablo dia bersyukur dengan rezeki yang ada.

“Jika watak ini yang memberikan saya rezeki untuk terus bertahan dalam bidang seni ini kenapa tidak? Mereka membayar saya, saya masih ada kerja.

“Tetapi jika bercakap dari sisi seorang pelakon, semestinya seorang pelakon perlu menjadi versatil dan melakonkan pelbagai watak.

“Shaheizy Sam dan beberapa orang lagi pernah beritahu saya bahawa kekuatan saya ada pada genre komedi romantik. Saya tak tahu apa yang mereka katakan.

“Tetapi jika ada penerbit dan pengarah yang melihat potensi saya untuk bawakan watak berlainan, pastinya saya ingin mencuba untuk kekal relevan sebagai seorang pelakon,” ujarnya.

Pablo bakal muncul dengan filem Budak Flat yang ditayangkan menerusi platfrom penstriman Prime Video, hari ini.

Dalam filem ini, Pablo membawakan watak sebagai penjual dadah bernama Riz yang bersaudara dengan Aman lakonan Zahiril Adzim.

Namun mereka bermusuhan gara-gara Riz terlibat dengan penjualan dadah dan berkahwin dengan kekasih Aman, Jojo lakonan Nabila Huda. – 16 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related