Tidak ada perancangan lamar Amelia Henderson buat masa ini, Aedy Ashraf serahkan jodoh pada Tuhan

Aedy tertarik dengan Amelia kerana kekasihnya itu sangat komited terhadap kerja serta sentiasa menyokong dan mengambil berat mengenai dirinya

9:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun dilihat cukup mesra, rapat serta mempunyai keserasian sebagai pasangan kekasih, namun pelakon Aedy Ashraf memberitahu dia dan Amelia Henderson masih belum mempunyai perancangan untuk beralih ke fasa perkahwinan.

Teraju utama filem War On Terror: KL Anarki (WOT:KLA) itu berkata, kesibukan kerja membuatkan dia dan Amelia tidak meletakkan sebarang tarikh atau sasaran untuk mendirikan rumahtangga.

“Kami memang rapat, sentiasa ada untuk satu sama lain dan dia adalah penyokong terbesar saya. Dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan.

“Tapi perancangan ke arah itu (perkahwinan) tidak ada. Kita hanya biarkan ia ‘terbuka’ begitu sahaja. Tak mahu letak satu tarikh atau sasaran buat masa sekarang. Sebab masing-masing sibuk.

“Dia (Amelia) juga sangat komited dengan kerjanya. Adakalanya saya sendiri seperti mendapat inspirasi apabila melihat betapa komitednya dia terhadap kerja dan apa jua perkara yang dilakukan.

“Secara tidak langsung ia turut membantu saya dalam kerja saya di dalam industri ini. Untuk menjadi komited. Tapi, kita memang tak letak apa-apa sasaran. Insya Allah, kalau ada rezeki…adalah,” katanya.

Mengakui bahawa jawapan yang diberikannya itu agak klise, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, bagaimanapun memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Amelia.

“Kita dah berjumpa dan dah pun berkenalan dengan famili semua. Alhamdulillah,” ucapnya ringkas.

Jelas Aedy, dia turut dihujani pertanyaan yang sama daripada peminatnya.

“Tapi, soalan-soalan itu tidak ada jawapannya buat masa ini. Berapa banyak yang mereka tanya pun saya tiada jawapannya. Yang ada jawapannya adalah Tuhan. Yang penting sekarang adalah kerjaya.

“Amelia dan saya ada pemikiran yang sama. Ada rezeki dan ada jodoh, ada. Kalau tiada jodoh, dia pun okay. Tapi, kami memang selesa bersama,” katanya.

Ditanya apa yang menarik pada Amelia di matanya, Aedy sambil tersenyum berkata Amelia sangat cantik serta memiliki jiwa yang bersih.

“Dia juga mempunyai karektor yang baik serta bijak dan pandai. Tapi, apa yang membuatkan saya tertarik dengannya adalah komitmennya terhadap kerja dan apa yang dia impikan dalam hidupnya.

“Satu lagi adalah cara dia menyokong saya dan mengambil berat mengenai diri saya. Ia sungguh luar biasa dan membuatkan saya lebih menghargainya,” katanya.

Aedy turut memaklumkan, dia bakal membintangi sebuah drama bersiri Astro Original, The Golden Goose bersama Amelia dan Naim Daniel yang akan bersiaran pada Mac depan. – 15 November, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Rape allegations at centre of preacher Zamri Vinoth’s defamation trial

Witness for defence claims in her testimony that preacher had raped her at his Rahang home in 2018

Related