Nabila Huda tiada masalah dengan Sophia Albarakbah biarpun pernah beri teguran pedas pada aktres itu

Nabila Huda dan Sophia Albarakbah terlibat dengan drama terbaru terbitan Erma Fatima yang berjudul ‘Lelaki Itu’ yang kini sedang menjalani penggambaran

3:54 PM MYT

 

PETALING JAYA — Pelakon popular, Nabila Huda mendedahkan dia tiada masalah dengan Sophia Albarakbah biarpun dipercayai pernah membuat kenyataan menempelak aktres sensasi tersebut.

Kedua-dua pelakon ini terlibat dengan drama baru terbitan Erma Fatima berjudul ‘Lelaki Itu’ yang kini sedang dalam penggambaran.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, dia tiada isu dengan Sophia, malah kenyataan yang dibuatnya ketika itu adalah berdasarkan isu semasa.

“Saya tak pernah ada isu dengan dia. Saya tak pernah bertemu dengan dia pun atau cakap apa-apa pun pada dia.

“Saya cuma komen tentang isu semasa yang berlaku yang saya tak suka. Sebagai pelakon yang lebih senior saya tidak mahu orang terus memandang buruk terhadap industri kita.

“Cukuplah sudah ramai orang yang pandang buruk pada industri kita. Kasihan kepada mereka yang benar-benar bekerja keras daripada muda untuk jadi seorang pelakon,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Budak Flat.

Tambah Abil lagi, dia terbuka untuk berlakon dengan sesiapa sahaja termasuklah Sophia kerana dia bersikap profesional.

“Teguran saya adalah sebagai seorang yang profesional. Saya tak maksudkan apa-apa yang tidak baik. Saya tak pernah ada perasaan buruk tentang sesiapa pun kerana kita tak nak bermusuh.

“Tapi bila kita cakap, terimalah. Rasanya anda semua tahu perangai saya macam mana. Saya sangat lantang. Saya tak pernah bermusuhan dengan sesiapa. Apa urusan orang saya tak pernah masuk campur. I love my life so much,” ujarnya.

Biarpun terlibat dalam drama yang sama, namun kata Abil dia tiada babak bersama dengan Sophia.

Terdahulu Abil pernah menegur pelakon baru, dipercayai Sophia Albarakbah atas dakwaan bermain cinta dengan suami orang di set penggambaran. – 15 November, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related