KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Remy Ishak akhirnya mendedahkan wajah anak lelakinya, Tuah Alam kepada umum.
Gambar Tuah yang kini berusia empat bulan dikongsikan Remy dan isterinya, Ezza menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram.
https://www.instagram.com/p/CzoQMx8hSar/
“Kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami.
“Terima kasih Tuah hadir dalam hidup ayah dan bonda,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan komen, netizen memuji kecomelan wajah Tuah, malah ada mengatakan ia mirip Ezza.
“Comel sangat Tuah. Bakal hero Malaya,” tulis seorang netizen.
Keluarga mereka kini muncul dalam program berjudul Oh Baby Remy: Tuah Oh Tuah yang disiarkan di Astro Ria bermula 14 November.
Remy dan Ezza berkahwin 21 Ogos 2021 dan pada 27 Julai lalu, pasangan terbabit menyambut kelahiran anak sulung mereka itu. – 15 November, 2023