Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Noki akui berada tertekan melihat rakan-rakan seperjuangannya yang lain sudah mendirikan rumah tangga

8:00 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumah tangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama.

Bahkan, Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 29, juga akui, dia sebolehnya ingin menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.

“Saya memang rasa nak kahwin cepat sekarang ini. Mungkin sebab kawan-kawan di sekeliling terutama dalam K-Clique sudah berkahwin.

“Fareed dah kahwin. MK pun dah kahwin, balik rumah isteri dah masak. Tuju pun dah kahwin dan ada anak. Tak boleh ni, mereka dah kahwin dan saya pula belum lagi,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem War on Terror: KL Anarki (WOT: KLA), petang semalam.

Ditanya sama ada dia sudah memiliki calon isteri, Noki menyatakan dia masih dalam fasa mengenali seseorang dan hubungan mereka masih belum rasmi.

“Kami baru kenal. Saya tidak mahu cakap siapa. Tapi, dia juga orang dalam industri. Seorang pelakon tapi boleh dikira baru. Saya mengenali dia di set lokasi MK. Ada juga saya dedahkan dia. Yang sedar itu akan sedarlah.

“Tapi, kalau boleh saya nak kahwin pada tahun depan iaitu pada usia saya 30 tahun. Ikutkan saya hendak ikut usia Nabi Muhammad SAW yang berkahwin pada usia 25 tahun dengan Siti Khadijah RA yang sudah pun berusia 40 tahun. Tapi, dah terlajak pulak. Terlajak 5 tahun. Apa-apa doakanlah ya,” katanya.

Noki juga akur dengan komen netizen yang mengatakan cara pembawakan dirinya tidak seiiring dengan keinginannya untuk mencari wanita yang beragama dan berpurdah.

Ditanya sama ada dia sudah memiliki calon isteri, Noki menyatakan dia masih dalam fasa mengenali seseorang dan hubungan mereka masih belum rasmi – Gambar Instagram Ikhwanlee94, 15 November, 2023

“Ya, memang orang cakap saya demand tinggi nak perempuan yang tahu agama dan menutup aurat tapi saya sendiri pakai gelang, rantai dan sebagainya.

“Apa yang boleh saya katakan, ada dua perkara yang saya kejar sekarang ini. Satu kehidupan duniawi dan satu lagi kehidupan yang Islamik. Saya mahu cuba seimbangkan kedua-dua ini. Saya akan cuba perlahan-lahan untuk berhenti pakai rantai dan segalanya.

“Sebetulnya, hiburan dalam Islam memang tidak wujud. Tak tau hendak cakap macam mana. Sumber yang mudah dan ada di depan mata adalah seperti apa yang saya buat sekarang ini.

“Sebenarnya, boleh cari jalan lain. Kalau nak cari duit banyak, kena cari jalan lain,” katanya lagi. – 14 November, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related