‘Saya kata ya’, Nabila Razali terima lamaran kekasih

Nabila berkongsi detik manis dilamar kekasihnya di Instagram

9:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Nabila Razali hari ini mengumumkan dia menerima lamaran untuk berkahwin dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani.

Berita gembira itu dikongsikan Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Razali, 31, di Instagram.

“I said yes (saya kata ya),” tulisnya berserta emoji sebentuk cincin.

Terdahulu, pasangan itu dikatakan mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu, namun Nabila memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenainya.

Baru-baru ini, timbul gosip mengatakan pasangan berkenaan akan berkahwin pada 13 November, bersempena tarikh lahir Nabila.

Bagaimanapun, hari ini, Nabila sekadar mengesahkan dia sudah dilamar. – 13 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related