Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Suami Ina Naim itu dilaporkan mengalami muntah-muntah sejak seminggu lalu, sebelum dihantar ke hospital

5:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad, 43, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital di Johor Bahru dan kini ditidurkan.

Situasi suami kepada Ina Naim itu dikongsi sepupunya yang dikenali Ayu Wahyu Abudin menerusi hantaran di Facebook.

“Mohon sahabat Facebook doakan kesihatan sepupu saya, Suhaimi Saad yang ditidurkan di ICU hospital Johor. Semoga antara doa kalian ada diangkat. Semoga sepupu kembali sedar dan sihat seperti dulu,” tulisnya.

Situasi Suhaimi Saad dikongsi sepupunya yang dikenali Ayu Wahyu Abudin menerusi hantaran di Facebook – Tangkapan layar, 13 November, 2023

Manakala, media tempatan melaporkan, Suhaimi difahamkan sudah seminggu ditahan di wad selepas dibawa bapa mentuanya.

Dia dikatakan mengalami muntah-muntah setiap kali makan sehingga susut berat badan.

Berita mengenai Suhaimi itu mendapat perhatian netizen dengan rata-rata mendoakan dia kembali sihat.

Sementara itu, Ketua Kumpulan In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid dilaporkan berkata, dia ada menziarahi Suhaimi Sabtu lalu dan memaklumkan keadaan sahabatnya kurang baik.

Malah, dia memohon orang ramai mendoakan keadaan menimpa Suhaimi supaya sembuh.

Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata. – 13 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related