Gelekan Aliff Aziz pukau juri, duduki tempat pertama selepas 8 minggu bertarung di ASGV

Penyanyi yang berasal dari Singapura ini berjaya keluar dari kepompong apabila menyanyikan lagu Cik Mek Molek nyanyian asal Datuk M Daud Kilau sekali gus menduduki tempat pertama

11:05 AM MYT

 

SHAH ALAM — Selepas lapan minggu berhempas pulas membuat persembahan di All Stars Gegar Vaganza (ASGV), akhirnya Aliff Aziz muncul sebagai juara mingguan di konsert minggu kelapan yang berlangsung malam tadi.

Menyampaikan lagu Cik Mek Molek daripada Datuk M Daud Kilau, penyanyi kelahiran Singapura ini berjaya menawan hati barisan juri dan penonton dengan nyanyian dan gelekkannya sehingga berjaya mengumpul markah sebanyak 78%.

Lebih menarik Aliff turut membawa anaknya Muhammad Ayden  Adrian, enam, di penghujung persembahan untuk menari dengannya.

Ketua Juri, Datuk Ramli MS memuji persembahan Aliff Aziz. – Gambar Astro, 13 November, 2023

Menurut ketua juri iaitu Datuk Ramli MS, dia tidak menyangka Aliff dapat membuat persembahan sebegitu.

“Saya lihat persembahan dia sewaktu raptai dan saya rasa tertipu selama ini. Dia punya suara dan penyampai yang sangat natural. Saya tak jangka perkara ini. Dia sebenarnya penyanyi ‘leman’ (lagu jiwang),” katanya.

Sementara itu bagi Aliff pula, dia bersyukur kerana selepas lapan minggu, akhirnya berjaya menduduki tempat pertama dan terkejut dengan dirinya sendiri.

“Sewaktu dapat lagu ini, saya rasa Ya Allah macam mana saya nak buat ni. Tetapi apabila kita dipaksa buat sesuatu, ia adalah salah satu cara untuk kita belajar apa yang kita tak tahu sebenarnya kita boleh buat.

“Tetapi banyak perkara dan persiapan yang perlu dilakukan. Saya belajar dengan guru vokal dan juga bapa mentua saya tentang cengkok (teknik nyanyian). Banyak persiapan saya buat sampai tak ada suara.

Aliff Aziz bersyukur kerana selepas lapan minggu, akhirnya berjaya menduduki tempat pertama dan terkejut dengan dirinya sendiri – Gambar Astro, 13 November, 2023

“Jujur saya cakap sebelum konsert ini saya memang ‘struggle’ dari  segi kesihatan suara dan ‘over thinking’. Tetapi malam ini Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Dapat juga saya merasa berada di tempat pertama. Saya sendiri terkejut dengan diri saya,” kongsinya. 

Pada malam konsert kelapan itu juga menyaksikan Nikki Palikat berada di kedudukan tercorot dengan markah sebanyak 56.50% selepas membuat persembahan dengan lagu Semakin Rindu Semakin Asyik nyanyian asal Amelina. Namun dia terselamat kerana tiada penyingkiran yang berlaku. 

Minggu hadapan kesemua peserta ASGV akan berduet dengan bintang-bintang yang pernah menyertai pertandingan di Astro. Antara yang akan berduet bersama mereka ialah Noraniza Idris, Nadeera Zaini, Amelina, Zaki Yamani, Hazama dan ramai lagi. – 13 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related