‘Saya tidak kisah hilang kawan kerana tak melepak’

Hairi ketika dihubungi Scoop berkata, dia lebih gemar meluangkan masa kualitinya bersama keluarga, malah mahu melihat anak membesar depan mata

6:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tak semua selebriti tempatan gemar menghabiskan masa di luar atau ‘melepak’ kerana ada antara mereka, lebih suka meluangkan masa di rumah bersama keluarga.

Ia diakui aktor yang juga pengarah, Hairi Safwan yang memaklumkan, dia lebih gemar menggunakan masa kualitinya bersama keluarga.

“Saya ni jenis tak suka lepak dan keluar malam tanpa sebab. Kalau tak bekerja, saya banyak habiskan masa dengan isteri dan anak-anak,” katanya.

Pelakon drama Melur Untuk Firdaus dan Lelaki Kiriman Tuhan itu juga berkata, dia mempunyai alasan mengapa bersikap begitu.

“Hidup ini mudah. Anda kena faham, bila dah berkahwin, maknanya tanggungjawab dan amanah anda adalah mencari rezeki serta ‘membesar’ bersama keluarga.

“Saya juga mahu anak-anak saya jadi kawan serta paling rapat dengan saya dan isteri,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Hairi ketika dihubungi Scoop berkata, dia memuat naik status berkenaan kerana ada di antara kawannya beranggapan dia jarang melepak kerana takutkan isteri.

“Dah lama dah saya mahu naikkan hantaran terbabit. Sebab bagi saya, kehidupan berkahwin ni tak sama macam kehidupan waktu bujang dulu. Zaman melepak dan ‘huha-huha’ itu sudah berakhir bila kita berkahwin. Apa yang penting adalah melihat anak membesar depan mata.

“Anak-anak zaman sekarang tidak macam manak-anak zaman dahulu. Kalau tiada didikan dari rumah, kehidupan mereka boleh ‘rosak’. Kita dapat tengok sekarang ini. Hubungan anak dengan ibu bapa mereka sudah tidak mesra. Macam tiada ‘chemistry’ (keserasian),” katanya.

Juara program realiti Anak Wayang Musim Pertama pada 2009 itu juga mengakui, tidak kisah jika ada di antara rakannya menjauhkan diri daripadanya semata-mata kerana dia menolak ajakan mereka untuk melepak.

“Saya tidak ada masalah kalau hilang kawan. Sebab kalau melepak pun bukan dapat duit. Ada yang tanya saya, siapa nak angkat jenazah saya nanti, kalau suatu hari nanti saya sudah tiada?

“Betul apa yang mereka persoalkan itu. Tapi, belum tentu juga kawan-kawan akan dapat datang pada hari pengebumian itu nanti,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Hairi berkata, dia bakal terbang ke Lahad Datu untuk menjayakan penggambaran filem aksi, Takluk bersama beberapa pelakon popular lain, seperti Eman Manan, Syafiq Kylez, Kamal Adli dan Fikry Ibrahim.

“Takluk bakal menjadi filem aksi pertama saya. Saya cukup teruja apatah lagi saya adalah antara ahli pasukan Vet 69 di dalam filem ini.

“Saya dan pelakon lain baru selesai menjalani latihan bersama komando 69 di Ulu Kinta, Perak. Ia bukan mudah, namun pengalaman menarik,” katanya.

Malah, Hairi mengakui, latihan dilakukan itu membantu menurunkan berat badannya daripada 90 kilogram (kg) kepada 75 kg.

“Saya juga mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan di D’ Mika Aesthetic. Selain perlu menjaga makanan, saya dinasihat meminum air putih 3 liter sehari,” katanya. -12 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related