KUALA LUMPUR – Sebanyak 94 kategori akan dipertandingkan dalam Anugerah Grammy ke-66 yang bakal berlangsung di Los Angeles pada 4 Februari depan.
Antara nama-nama artis besar yang bakal bertanding di dalam anugerah berprestij ini adalah Taylor Swift, Olivia Rodrigo, Mily Cyrus, Janelle Monae dan Sza.
Namun, penyanyi dan komposer, Sza atau nama sebenarnya, Solana Imano Rowe, 34, menjadi tumpuan apabila menjadi artis yang paling banyak mendominasi pencalonan dengan sembilan kategori, mendahului kedudukan beberapa artis top lain termasuk ikon pop, Taylor Swift serta Miley Cyrus.
Sza telah dicalonkan bagi kategori Album Sepanjang Tahun untuk album studionya yang berjudul SOS dan Rekod Sepanjang Tahun untuk lagu Kill Bill.
Sementara tujuh lagi pencalonan adalah untuk kategori, Lagu Sepanjang Tahun, Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik, Lagu R&B Terbaik, Persembahan R&B Terbaik, Persembahan Rap Terbaik dan Persembahan Rap Melodi Terbaik dan Persembanan Duo/Berkumpulan Country Terbaik.
Tahun ini menjadi tahun yang cukup gemilang buat penyanyi dan komposer versatile dan berbakat, yang beragama Islam ini.
Selain mendominasi pencalonan Anugerah Grammy, Sza turut meraih gelaran Hitmaker of the Year 2023 oleh majalah Variety di dalam acara tahunan mereka.
Penganugerahan itu berdasarkan 25 lagu yang paling banyak didengar menerusi carta Billboard dan Carta Luminate. – 11 November, 2023
Berikut adalah sebahagian kategori pencalonan Anugerah Grammy Ke-66:
Album Sepanjang Tahun
Boygenius – The Record
Janelle Monáe – The Age of Pleasure
Jon Batiste – World Music Radio
Lana Del Rey – Did You Know That There’s a Tunnel Under Ocean Blvd
Miley Cyrus – Endless Summer Vacation
Olivia Rodrigo – Guts
SZA – SOS
Taylor Swift – Midnights
Rekod Sepanjang Tahun
Billie Eilish – What Was I Made For?
Boygenius – Not Strong Enough
Jon Batiste – Worship