‘Perang dingin’ yang digembar-gemburkan tidak betul dan tak pasti apa niatnya – Fazura

Menurut Fazura, meskipun dia hanya memfokus kepada keluarga dan kerjayanya, masih ada anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh

11:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selebriti dan usahawan popular, Nur Fazura menyangkal dakwaan berlaku perang dingin antara dia dan seorang selebriti, dipercayai Neelofa seperti yang digembar-gemburkan selama ini.

Malah Fazura sendiri tidak pasti bagaimana naratif perang dingin ini boleh tercetus.

“Naratif perang dingin yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa.

“Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan.

“Tidak berkawan tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dalam hantaran itu, Fazura turut berkongsi video saat dia ditemu bual media pada majlis pelancaran produk terbarunya Ahad lalu.

Dalam video itu, Fazura menjawab pertanyaan wartawan yang ingin tahu mengenai seorang individu yang dipercayai peminat Neelofa yang membuat dakwaan seorang selebriti membuka tudung dan berhibur di kelab malam di Indonesia.

Biarpun individu berkenaan tidak mendedahkan nama aktres yang dimaksudkan, namun netizen mula memetik nama Fazura.

Tambah Fazura dalam kenyataannya itu, bukan niatnya untuk membuka aib sesiapa, tetapi dia perlu menjelaskan perkara yang sebenar.

“Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan sendiri serta keluarga dan kerjaya, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.

“Saya kongsi video sebenar sewaktu diwawancara baru-baru ini untuk dinilaikan sendiri. Sejujurnya saya hanya menjawab soalan yang telah diajukan. Jika tidak jawab, ceritanya lain pula nanti.

“Respons saya adalah kepada soalan yang telah ditularkan oleh peminat tegar individu lain, tetapi sekarang digambarkan seolah-olah saya yang memulakannya. Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif,” tulisnya.

Jelas Fazura, dia dan keluarganya telah menjadi mangsa cacian dan fitnah peminat tegar berkenaan sejak bertahun-tahun lalu.

“Tapi saya dan suami terus fokus kepada kehidupan kami dan kerjaya sendiri. Kini Fatima juga menjadi mangsa tambahan. Apa salah dia?” soal Fazura.

Terdahulu media melaporkan Neelofa sedia berdamai dan bertemu dengan Fazura untuk menamatkan konflik selama 13 tahun apabila sering dilaga-lagakan oleh peminat masing-masing.

Menurut Neelofa, seandainya diberikan ruang dan peluang, dia terbuka untuk bertemu dan berdamai dengan Fazura kerana sudah penat melalui perkara ini selama berbelas-belas tahun. – 9 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related