Neelofa sedia berdamai dengan Fazura

Menurut Neelofa, dia sudah penat melalui konflik bersama Fazura yang telah berlanjutan selama berbelas tahun

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa sedia berdamai dengan Fazura selepas penat melalui konflik hubungan dingin yang berpanjangan.

Menurut Neelofa, perkara ini perlu dihentikan kerana sudah berbelas tahun peminat masing-masing sering berbalah.

“Bila saya fikir balik, dah berbelas tahun perkara ini berlaku. Takkan saya nak tunggu berpuluh tahun baru nak lakukan sesuatu.

“Jika saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai dan meletakkan segalanya di belakang, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama.

“Jika kedua-dua belah pihak boleh lakukan perkara ini, saya rasa ia akan memberi kesan baik kepada peminat masing-masing. Tiada lagi pihak yang akan mengapi-apikan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran air minuman Moma x Neelofa.

Menurut Neelofa, konflik hubungan dingin antara dia dan Fazura perlu dihentikan kerana sudah berbelas tahun peminat masing-masing sering berbalah – Helmi Anuar/Scoop, 9 November, 2023

Katanya lagi, mereka berdua kini pun telah berkeluarga dan mempunyai anak dan masing-masing perlu meneruskan hidup.

“Dua-dua pun nak teruskan hidup, nak buat bisnes dan sebagainya. Kalau asyik diapi-apikan lagi, saya pun dah tak larat nak lalui.

“Kami sebenarnya tiada apa-apa. Saya nampak dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa pasal saya. Yang lebih-lebih adalah orang luar yang tak ada kaitan dengan hidup kami

Neelofa juga tidak menolak untuk bertemu empat mata dengan Fazura sekiranya diberikan peluang.

“I would love to meet her,” katanya.

Kemelut kedua-dua selebriti popular itu tercetus ketika pembabitan awal Neelofa dalam industri.

Baru-baru ini, seorang individu dipercayai peminat tegar Neelofa didakwa menyindir Fazura dengan menuduhnya membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia. – 9 November 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related