Pihak belakang tabir harus hati-hati kandungan skrip, ‘jika tersilap, pelakon yang akan terpalit kontroversi, tanggung impak negatif’: Asma’

Asma’ juga meminta Janna Nick berhati-hati memilih skrip di masa akan datang dan jadikan kontroversi Surat Dari Tuhan sebagai pengajaran

10:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Asma’ Harun mengingatkan kepada penerbit, pengarah dan penulis skrip supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sesebuah karya kerana ‘kesilapan’ mereka akan mengakibatkan pelakon terpalit kontroversi serta berdepan impak negatifnya.

Asma’ berkata demikian menerusi sebuah video dimuat naik menerusi saluran YouTube miliknya hari ini, selepas menerima pesanan langsung (DM) daripada Janna Nick di Instagram.

Ia susulan kontroversi tercetus mengenai ‘dialog keterlaluan’ dalam drama bersiri, Surat Dari Tuhan lakonan Janna.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab selepas ini, lebih berhati-hati dan tidak boleh sesuka hati meminta pelakon buat apa diarahkan mereka kerana akhirnya, pelakon akan menanggung kesan.

“Netizen tidak memberi kecaman kepada pihak di sebalik tabir sebab mereka tidak dikenali. Kita tidak kenal siapa penerbit, pengarah dan penulis skrip. Tapi, (dalam isu kontroversi drama ini) Janna yang terpaksa tanggung.

“Moga hikmahnya (kontroversi itu) selepas ini, mereka yang di sebalik tabir akan fikirkan juga pihak pelakon yang bakal menanggung kesan, akibat daripada arahan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Asma’ memuji tindakan pantas TV3 yang membuat suntingan terhadap babak ‘dialog keterlaluan’ itu.

“Episod memaparkan babak itu sudah dekat. Jadi, bila kita buat teguran begitu secara live, pihak TV3 juga nampaknya mengambil berat, mereka ambil tindakan cepat,” katanya.

Mengenai DM diterima daripada Janna pula, Asma’ berkata, pelakon terbabit meluahkan dia menerima kecaman hebat selepas pendakwah berkenaan membuat teguran secara live (langsung) mengenai babak itu.

“Dia menulis mesej kepada saya dengan sangat baik, dengan sangat bagus dan sangat berhemah. Di situlah saya rasa bagus dan hebatnya Janna Nick.

“Dalam keadaan situasi tertekan dengan apa berlaku, dia masih lagi boleh menyusun kata-kata yang sangat berhemah dan sangat baik kepada saya.

“Janna tulis dia selalu follow (ikuti) saya. Dia sedih kerana ramai mengecam dia. Dia mengaku dia seorang jahil dan pendosa. Dia kata saya hamba Allah yang lemah dan masih cuba memperbaiki diri hari ke hari,” katanya.

Menerusi DM terbabit, Asma’ memaklumkan kepada Janna bahawa dia sebenarnya memberikan komen dan membuat teguran secara terbuka di saluran rasmi TV3 yang menularkan babak itu, sehari sebelum dia membuat live.

“Saya minta mereka padam atau edit. Saya bagi mereka tempoh sehari untuk melakukannya, tetapi mereka tak respon. Saya harapkan ada orang TV3 untuk membacanya.

“Saya tahu kamu terluka sangat, sedih dan lain-lain. Saya mohon maaf,” katanya.

Asma’ juga menjelaskan kepada Janna bahawa teguran dibuatnya itu sebetulnya ditujukan kepada pihak penerbit, pengarah dan penulis skrip, selain menasihatkan selebriti terbabit untuk berhati-hati dalam memilih skrip di masa akan datang.

“Selepas ini, jika ada skrip yang Janna rasa tak patut. Janna perlu pertahankan pendirian Janna dan jadikan pengalaman pahit ini sebagai satu hujah buat mereka,” katanya.

Kontroversi Surat Dari Tuhan tercetus susulan tular promo video memaparkan dialog di antara Janna dan Sheila Mambo yang dilakonkan di sebuah bilik hotel berhampiran Masjid Nabawi, Madinah.

Dialog itu berbunyi ‘Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasulullah ni, aku cakap depan muka kau, kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni, kau mampus’.

Susulan dialog berkenaan, ia mengundang kecaman netizen dan Asma’ juga terpanggil memberikan teguran secara live kerana kata-kata itu dianggap tidak sesuai diucapkan di Tanah Suci, apatah berhampiran makam Rasullullah. – 3 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related