Angelina Jolie kutuk kekejaman Israel, ‘pengeboman kem Jabalia disengajakan, ia bertentangan…’

Dalam kenyataan terbaharu yang dimuat naik di Instagramnya, Angelina telah meluahkan perasaannya tentang kezaliman yang dilakukan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas dikecam kerana bersikap neutral dalam konflik Israel-Palestin, bintang Hollywood, Angelina Jolie mengutuk kezaliman rejim Zionis yang melakukan pengeboman ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza.

Menurutnya, serangan itu disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap dan tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri.

“Gaza menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan kini bakal menjadi tapak kubur terbesar.

“40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh keluarga dibunuh,” katanya menerusi perkongsian di Instagramnya.

Pada masa sama, bintang Maleficent itu turut mengutuk sikap segelintir pemimpin dunia yang menyokong tindakan kejam Israel terhadap Palestin.

“Ketika dunia memerhati dan dengan sokongan aktif banyak kerajaan, jutaan rakyat Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, tidak mendapat pembelaan secara kolektif, sebaliknya dihukum dengan kelewatan bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan bekalan ubat.

“Ia bertentangan dengan undang-undang hak asasi antarabangsa. Pemimpin dunia juga bersekongkol dalam jenayah ini kerana tidak memenuhi tuntutan gencatan senjata, selain menghalang kemasukan wakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Angelina juga menjelaskan kem pelarian Jabalia merupakan kem terbesar daripada lapan kem pelarian yang terdapat di Semenanjung Gaza.

Kem berkeluasan yang 1.4 kilometer persegi itu didirikan sekitar tahun 1948 dan sehingga kini menampung seramai lebih 100,000 pelarian perang dari pelbagai wilayah berhampiran.

Terdahulu, hantaran bekas isteri kepada aktor Brad Pitt itu di Instagramnya dikecam hebat kerana dilihat bersifat neutral dalam konflik tersebut.

Malah, lebih mengecewakan sebagai seorang aktres yang aktif dalam aktiviti kemanusiaan, Angelina sepatutnya lebih peka dengan sejarah konflik membabitkan kedua-dua wilayah bergolak itu. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related