Jungkook beri penghormatan kepada Raja Pop, Michael Jackson dalam Standing Next To You

Dalam video muzik berdurasi 32 saat itu, Jungkook dilihat telah mengenakan jaket tentera ala Michael Jackson, saat meniru gerak tari penghibur legenda itu yang cukup ikonik

7:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Jungkook yang juga ahli kumpulan K-pop, BTS, trending di seluruh dunia gara-gara penghormatan diberikannya kepada Raja Pop dunia, Michael Jackson dalam video muziknya, Standing Next To You.

Standing Next To You adalah single ketiga dimuatkan di dalam album solonya, Golden dan Jungkook berkongsi teaser muzik video lagu tersebut menerusi YouTube, Hybe Labels, semalam.

Dalam tempoh 13 jam sahaja, teaser video muzik itu mendapat lebih 2.3 juta tontonan dan menjadi topik hangat diperkatakan dalam kalangan pengikutnya termasuk peminat setia, Michael Jackson di media sosial khususnya di platform X.

Apa tidaknya, dalam video muzik berdurasi 32 saat itu, Jungkook dilihat memakai jaket tentera ala Michael Jackson dengan hiasan logam dan jumbai, sambil meniru gerak tari penghibur legenda tersebut.

Dalam babak lain, Jungkook dilihat berdiri sendirian dengan memakai sepasang sayap hitam yang memukau pandangan.

Rata-rata peminat Jungkook begitu teruja dan tidak sabar menantikan versi penuh video muzik tersebut.

Bagi peminat Michael Jackson pula, mereka menganggap penyanyi tersebut ibarat anak kepada superstar hebat dunia itu kerana dapat meniru gerak tarinya dengan sempurna.

Pasukan label Big Hit Entertainment yang dinaungi Jungkook mengeluarkan teaser lagu itu dua hari sebelum pelancaran rasmi album solonya esok.

Sebelum ini, Jungkook sudah melancarkan single utama, Seven yang turut menampilkan rapper Amerika Syarikat, Letto serta single kedua, 3D.

Kedua-dua single itu turut mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related