Filem seram Islamik pertama Thailand, Khong-Khaek mula ditayangkan di Malaysia hari ini

Di Thailand, filem itu meraih kutipan pecah panggung sejak ditayangkan pada 28 September lalu

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Selepas tular trailer rasmi Khong-Khaek: The Djinn’s Curse di media sosial, hasrat peminat untuk menyaksikan filem seram Islamik pertama Thailand itu ditayangkan di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.

Filem arahan Kriangkrai Monvichit yang diterbitkan M ThirtyNine Co Ltd dan Monwichit Entertainment itu akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air, mulai hari ini melalui syarikat pengedar tempatan, Yusrych Global Sdn Bhd.

Pengasas Yusrych Global Sdn Bhd, Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa masuk filem berkenaan untuk tayangan di Malaysia selepas menyedari trailer rasminya tular dan hangat diperkatakan di media sosial.

“Saya percaya filem ini akan pecah panggung apabila ditayangkan di Malaysia, tambahan pula kutipan di Thailand sangat memberangsangkan apabila meraih RM6 juta dalam tempoh 11 hari tayangan.

“Kalau melihat pada komen pula, ramai yang teruja nak menontonnya dan tertanya-tanya bila ia akan ditayangkan di Malaysia.

“Bahkan, beberapa kenalan juga menyarankan supaya syarikat kami membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia,” katanya.

Trailer rasmi filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mula tular di negara ini sebaik saja ia dikongsi melalui akaun TikTok @sukafilem, hingga berjaya  meraih tiga juta tontonan menerusi platform media sosial tersebut.

Beberapa kejadian seram dan aneh turut berlaku sepanjang penggambaran dilakukan. – Gambar Yusrych Global Sdn Bhd, 2 November, 2023
 

Di Thailand sendiri, Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mencetuskan fenomena dan sejarah tersendiri kerana menjadi filem seram Islamik pertama di negara itu yang meraih kutipan pecah panggung sejak ditayangkan pada 28 September lalu.

Sementara itu, pengarah filem tersebut, Kriangkrai Monvichit pula berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan tercetus daripada insiden yang dilalui isterinya sendiri.

“Isteri saya yang suka menulis skrip bersendirian mengadu dia sering terdengar bunyi aneh dan meremang bulu roma secara tiba-tiba sehingga terpaksa berhenti menulis.

“Bertitik-tolak daripada insiden itu, kami sepakat menghasilkan sebuah filem seram dan akhirnya terhasillah skrip filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse,” katanya.

Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin untuk filem berkenaan kerana mahu penonton lebih memahami kesan buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan makhluk halus itu.

Kriangkrai juga tidak menafikan terdapat beberapa kejadian seram dan aneh sepanjang penggambaran dilakukan.

“Ada pelakon yang mengalami gangguan, misalnya ketika pelakon utama, Golf berbaring, dia merasakan seperti ada orang di sebelahnya tetapi apabila dia menoleh, tiada sesiapa di situ.

Pengarah filem tersebut, Kriangkrai Monvichit berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan tercetus daripada insiden yang dilalui isterinya sendiri. – Gambar  Yusrych Global Sdn Bhd
 

“Selain itu, ada seorang lagi pelakon iaitu Lee Ping dan beberapa kru ternampak kelibat pelik sehingga mereka tidak mahu meneruskan penggambaran,” katanya.

Mengenai harapannya apabila filem ini ditayangkan di Malaysia, sebagai pengarah pastinya Kriangkrai berharap filem tersebut mendapat sambutan hangat penonton.

“Dari sudut agama dan budaya, memang tidak jauh beza dengan Malaysia. Apatah lagi kisah yang dipaparkan adalah mengenai masyarakat di Selatan Thailand.

“Jadi, saya harap penonton Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menonton filem ini nanti,” ujarnya.

Filem seram itu dibintangi pelakon hebat Thailand seperti Golf-Akara Lucas, Tubtim-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong, Thiti Phoom-on, Sontana Chitmanee, Hakeem Dhanawicit dan Ahmad Kasemiyah Dolah.

Di Thailand sendiri, filem itu mencetuskan fenomena dan sejarah tersendiri kerana menjadi filem seram Islamik pertama di negara itu yang meraih kutipan pecah panggung sejak ditayangkan pada 28 September lalu. – 2 November, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Not just stupid, but blatantly insulting: Saravanan slams Era FM’s Thaipusam ‘jokes’

MIC deputy president denounces actions of radio presenters imitating sacred kavadi dance, calling it ‘brainless’ and ‘disgraceful’

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Related