Akhirnya Mimi Lana luah perasaan, ‘putus cinta itu rasanya sakit seakan waktu berhenti’

Kata-kata yang diluahkan Mimi Lana menerusi Instagramnya cukup puitis sekali

6:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Baik Mimi Lana mahupun Syafiq Kyle, kedua-dua selebriti itu mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ daripada menjelaskan punca sebenar majlis pernikahan mereka dibatalkan pada saat akhir.

Malah, kedua-duanya juga tidak menggunakan media sosial masing-masing untuk meluahkan kekecewaan, sindir-menyindir mahupun menyerang satu sama lain.

Bagaimanapun, dalam hantaran terbaharunya di Instagram sebentar tadi, Mimi Lana meluahkan perasaan yang mungkin sudah lama dipendamnya.

Namun, luahan kata-katanya itu cukup puitis sekali.

“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu berhenti. Hidup di antara ingatan yang lumpuh dan rindu yang membunuh.

“Di sebalik senyuman yang dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi.

“Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa, tetapi kasih dan sayang itu, sentiasa ada. Mungkin kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma Maha Pengasih dan Penyayang.

“Penderitaan manusia juga mulai ketika manusia merasa memiliki. Sakit itu datangnya dari rasa kita pemilik segalanya.

“Terus-terusan refleksi diri dari terus hanyut tanpa arah. Semoga hati-hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi,” katanya.

Hantaran tersebut menerima lebih 12,000 tanda suka dalam tempoh sejam selepas ia dimuatnaik.

Beberapa rakan artis seperti Nabila Huda, Fazura dan Riena Diana dilihat memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Mimi dengan memberikan emoji berbentuk hati.

Netizen turut mendoakan agar Mimi terus kuat untuk menjalani kehidupan dan percaya Allah SWT mengaturkan sesuatu yang lebih baik buat dirinya. – 1 November, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related