‘Setiap kali solat, saya berdoa agar sekolah anak saya di Gaza tidak dibom’: Siti Nurhaliza

Beliau bersyukur sekolah dibinanya di Gaza, masih selamat dari sebarang kecelakaan serta menjadi tempat perlindungan rakyat di situ

4:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur apabila sekolah dibinanya di Gaza, Palestin masih selamat biarpun bandar berkenaan sedang dibedil rejim Zionis.

Menurut Siti Nurhaliza menerusi temubualnya bersama Berita RTM, sekolah diberi nama Afwa Al-Afiyah itu kini, menjadi penempatan untuk rakyat Gaza berlindung.

“Alhamdulillah sekolah saya (bina) masih selamat lagi. Sekarang ini sekolah itu menjadi penempatan untuk mereka yang tiada tempat tinggal di kawasan berhampiran,” katanya.

Siti Nurhaliza berkata, setiap hari dia mendoakan agar sekolah dan pelajar di institusi pendidikan itu dilindungi Allah SWT.

“Saya berdoa dalam setiap solat saya semoga sekolah saya tidak dibom. Anak-anak saya tidak dibom.

“Dan saya berdoa agar peperangan ini cepat dihentikan sebab kita semua merasai apa rakyat Palestin rasa,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Beliau adalah antara selebriti tempatan yang lantang mengutuk Israel dan sering berkongsi keadaan di Gaza.

Malah, Siti Nurhaliza membuka tabung bantuan untuk rakyat Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa. – 29 Oktober 2023

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related