Peluang terhad di Malaysia, ‘Maryam’ terbang ke Singapura sertai festival filem antarabangsa

Filem Maryam Pagi Ke Malam pernah terpilih menyertai Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) dan Festival Filem Asia Barcelona

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Filem ‘Maryam Pagi Ke Malam’ arahan Badrul Hisham Ismail dan skrip oleh Faisal Tehrani yang sebelum ini didakwa tidak melalui Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), terpilih untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa Singapura (SGIFF) pada 1 Disember ini.

Bagaimanapun filem terbitan Anomalous Film yang menampilkan aktres legenda, Sofea Jane sebagai teraju utamanya ini tidak akan ditayangkan secara meluas untuk pasaran dalam negara.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh syarikat pengedar dan pemasaran filem berkenaan, Gunung Cherita Sdn Bhd melalui kenyataan media di laman sosial X.

Poster filem Maryam Pagi Ke Malam. – Gambar Instagram Sofea Jane, 27 Oktober, 2023

Ini adalah kejayaan ketiga, Maryam Pagi Ke Malam dalam meraih penghargaan di festival filem antarabangsa. Sebelum ini, ia pernah terpilih menyertai Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) dan Festival Filem Asia Barcelona.

“Kami gembira filem ini terus mendapat perhatian daripada festival filem antarabangsa di Eropah serta Asia dan lebih banyak pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada diaspora Malaysia atas sokongan serta komitmen mereka untuk menganjurkan acara saringan di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.

“Malangnya, filem ini berdepan dengan peluang yang terhad untuk ditayangkan di pasaran tempatan, walaupun bukan untuk tujuan keuntungan dan kesedaran kepada penonton dewasa dalam bentuk tayangan peribadi,” katanya.

Mengulas lanjut, syarikat berkenaan berkata tanpa persekitaran yang menyokong kepelbagaian pembikin filem tempatan dan penonton, mereka terlepas peluang untuk berdepan dengan sesuatu yang mencabar serta membina.

“Kami berharap ruang untuk kreativiti dan ekspresi di Malaysia tidak akan disempitkan tetapi dipermudahkan demi perkembangan pawagam negara kita selain membenarkan perkongsian idea serta wacana.

“Ruang bukan komersial dengan prosedur dan pengawasan yang berkadar ini adalah sangat penting buat artis tempatan dan pekerja budaya apatah lagi kami menantikan pembaharuan dasar serta undang-undang yang lebih demokratik.

Antara babak menarik dalam filem Maryam Pagi Ke Malam – Gambar Yahoo News Malaysia, 27 Oktober, 2023

Maryam Pagi Ke Malam mengisahkan tentang Maryam, seorang pemilik galeri berusia 50 tahun yang lahir daripada keluarga bangsawan. Dia mahu berkahwin dengan seorang lelaki muda warga asing yang berasal dari Sierra Leone.

Bagaimanapun Maryam perlu menghadapi pelbagai cabaran daripada keluarga, sistem birokrasi syariah dan masyarakat. Maryam hanya mahu berkahwin, kenapa jalannya begitu sulit? – 27 Oktober, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related