Nama Jason Statham sohor gara-gara video pasang bendera Palestin di bonet trak miliknya

Lelaki itu turut dilihat menggantung kufiya (hiasan di kepala) di bahagian kedua-dua sisi cermin traknya sebelum berlalu pergi

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Hollywood, Jason Statham, 56, yang terkenal dengan filem The Transporter dan The Italian Job menjadi bualan hangat di laman X (dahulu dikenali sebagai Twitter) apabila dia didakwa menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Ia susulan tersebarnya sebuah video di platform media sosial itu memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai Jason oleh peminatnya.

Dalam video itu, lelaki terbabit yang dipercayai Jason membuka bonet trak miliknya dan memasang bendera Palestin sebagai tanda solidaritinya terhadap rakyat di wilayah berkenaan.

Lelaki itu turut dilihat menggantung kufiya (hiasan di kepala) di bahagian kedua-dua sisi cermin traknya sebelum berlalu pergi.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut serta peminatnya di laman X.

Ada berpendapat, lelaki itu sememangnya Jason dan memuji tindakan beraninya menunjukkan sokongan dan soladariti kepada Palestin.

Namun, ada juga berpendapat lelaki tersebut bukan Jason, sebaliknya mempunyai wajah mirip pelakon berbakat itu.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak Jason untuk mengesahkan ataupun menafikan dakwaan tersebut.  

Ketika ini, situasi di Palestin semakin meruncing apabila tentera Israel melancarkan serangan tanpa henti semalam, menyebabkan lebih 700 maut. – 25 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related