‘Kalau saya anak emas juri, takkan saya dapat nombor 10’

Jaclyn sangkal dakwaan dia peserta kesayangan juri kerana sering mendapat markah tinggi dan komen positif

3:17 PM MYT

 

SHAH ALAM – Peserta All Star Gegar Vaganza (ASGV), Jaclyn Victor menyangkal dakwaan netizen bahawa dia adalah anak emas barisan juri profesional program Itu.

Menurut Jaclyn, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana bukan setiap minggu dia berada di kedudukan teratas.

Jaclyn berharap netizen tidak menjadikan media sosial sebagai platform yang toksik. – Gambar Astro/AzrulRafie, 23 Oktober, 2023

“Macam mana saya boleh jadi anak emas kalau lepas dapat nombor satu terus saya turun nombor 10. 

“Saya rasa pada ketika ini orang boleh kata apa sahaja. Kalau kita rajin nak baca, kita kena tabah. Setiap orang ada pendapat mereka sendiri sama ada ditanya ataupun tidak. 

“Tetapi saya harap janganlah komen mengecam teruk sangat. Jangan jadikan media sosial sebagai satu tempat yang toksik,” katanya ketika ditemui pada sidang media sejurus tamat konsert minggu kelima.

Tambah juara Gegar Vaganza musim kesembilan Itu, dunia sedang melalui pelbagai perkara, justeru sepatutnya muzik mampu menggembirakan seseorang, bukan dijadikan bahan menyebar negativiti. 

Netizen berpendapat, Jaclyn adalah peserta kesayangan juri kerana sering mendapat komen positif. – Gambar Astro/AzrulRafie, 23 Oktober, 2023

“Sekarang ini macam-macam sedang berlaku dalam dunia ini. Muzik sepatutnya membuat kita rasa gembira bukannya untuk sebarkan perkara negatif. Kita sepatutnya mengangkat, bukannya menjatuhkan seseorang.

“Saya faham mungkin peminat peserta lain tak akan menjadi peminat saya. Dan saya juga tidak mengharapkan perkara itu berlaku. Kerja saya adalah menyampaikan lagu saya dapat setiap minggu dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk membuat persembahan terbaik,” ujarnya.

Terdahulu, nama Jaclyn sering menjadi sasaran netizen apabila dia sering mendapat tempat pertama atau kedudukan tinggi setiap minggu.

Netizen berpendapat, Jaclyn adalah peserta kesayangan juri kerana sering mendapat komen positif dan markah tinggi, biarpun ada peserta lain lebih bagus. – 23 Oktober 2023

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related