Naim Daniel, Daiyan Trisha, Ceddy Ang, Khairul Aming antara selebriti yang laungkan sokongan padu pada himpunan Freedom For Palestine

Turut hadir di perhimpunan itu adalah Datuk Aznil Nawawi, pelakon Daler Yusof dan pempengaruh serta usahawan fesyen, Datin Vivy Yusof

8:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa selebriti serta pempengaruh popular tanah air hadir bagi memberikan sokongan dalam himpunan Freedom For Palestine anjuran bersama Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang berlangsung di Dataran Merdeka, pagi tadi.

Antara yang kelihatan adalah Naim Daniel, Daiyan Trisha, Daler Yusof, Datuk Aznil Nawawi, Datin Vivy Yusof, Kharul Aming serta Ceddy Ang.

Naim yang hadir bersama Daiyan Trisha, telah menyertakan sebuah puisi yang mengajak seluruh masyarakat Malaysia untuk terus bersuara bagi menegakkan keadilan terhadap penindasan dan kezaliman yang dilakukan ke atas rakyat Palestin.

Desakan dibuat menerusi Instagramnya.

Menerusi puisinya itu juga, Naim berkata meskipun dilengkapi dengan rifal, pisau atau senapang, namun jika laungan suara rakyat Malaysia mampu menggoncang dunia, ia harus dilakukan sehingga musuh mampu tumbang dan telanjang.

Ceddy yang turut hadir memberikan sokongan di dalam hantarannya berkata, melihat orang yang hadir di perhimpunan itu tanpa mengira kaum dan agama, ia membuktikan solidariti tersebut bukan tentang keagamaan tetapi kemanusiaan.

“Berdiri sebelah-menyebelah, bersatu untuk keadilan dan kebebasan, kita diingatkan bahawa semangat kemanusiaan yang dikongsi mengikat kita lebih erat daripada sebarang perbezaan yang ada.

“Perhimpunan seperti ini adalah cara yang bagus untuk meningkatkan kesedaran, menunjukkan perpaduan dan menjadikan suara kolektif kita didengari di pentas global. Ia juga mengenai cara mempengaruhi pendapat umum, yang akhirnya mampu mempengaruhi pemimpin kita dan badan antarabangsa kita untuk bertindak,” katanya.

Pempengaruh dan usahawan fesyen, Vivy Yusof pula memberitahu himpunan ini adalah yang pertama disertainya.

”Kali pertama saya di perhimpunan dan untuk tujuan kemanusiaan yang paling besar.”

Manakala pempengaruh dan usahawan dalam bidang masakan iaitu Khairul Aming pula memohon agar Allah SWT mempermudahkan perjuangan rakyat Palestin.

Pelakon Daler Yusof turut kelihatan bersemangat menghadiri perhimpunan itu dengan mengibarkan bendera Palestin.

Manakala, pengacara popular Aznil yang mengenakan jubah dan pelitup muka hingga penampilannya tidak dapat dikesan pula hanya mengungkapkan kata, “Allah Akhbar.” – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related